Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Mampukah Transformers 5 Atasi Fast 8 Dalam Kutipan Minggu Pertama Tayangan Filem?


The Fate of the Furious yang telah mencipta kejutan apabila berjaya mengatasi rekod filem ketujuh Star Wars Saga, A Force Awakens apabila berjaya mengutip $541,937,239 berbanding filem Star Wars itu yang mengutip sebanyak $528,966,675 pada minggu pertama tayang filem-filem berkenaan.

Bagaimanapun, kedudukan filem kelapan franchise The Fast and Furious itu mungkin akan digugat oleh filem terbaru Michael Bay, Transformers: The Last Knight yang akan menemui penonton pada 22 Jun 2017 ini.

Apa yang memyebabkan kami berkata demikian?

kejayaan filem The Fate of the Furious sebenarnya banyak didorong dengan faktor storyline yang ditwist dari filem-filem sebelum ini dimana heronya Dominic Toretto telah bertukar menjadi penjahat dalam filem berkenaan. Ini ditambah gimik permusuhan diantara dua pelakon utama iaitu Dwayne Johnson dan Vin Diesel sebelum filem tersebut ditayangkan. Ini apa yang dilaporkan di laman-laman hiburan antarabangsa. Kedua-dua faktor ini telah menyumbang kepada kutipan tiket filem berkenaan pada minggu pertama selain dari aksi-aksi yang biasa ditunjukkan dalam filem sebelum-sebelum ini.

Begitu juga Star Wars: A Force Awakens, selepas penamat filem Star Wars: Return of the Jedi, peminat tidak menjangkakan akan ada filem seterusnya selepas Episode VI sehinggalah George Lucas menerbitkan Episode VII iaitu A Force Awakens yang mendorong peminat berpusu-pusu ke panggung wayang untuk menonton sekuel terbaru trilogi lagenda tersebut semata-mata mahu melihat perjalanan terbaru keluarga Skywalker.


Jadi kami beranggapan, Transformers 5 mungkin akan mengatasi kutipan The Fate of the Furious pada minggu pertama tayangannya nanti. Ini disebabkan faktor hero Optimus Prime telah bertukar menjadi villain dalam filem berkenaan,ditambah berita yang menyatakan filem Transformers 5 adalah filem terakhir Michael Bay. Ramai sebenarnya peminat tertanya-tanya dan mengeluarkan teori kenapakah Optimus Prime dan Bumblebee bergaduh sesama sendiri, ini menjadi salah satu faktor kebanjiran penonton di panggung wayang apabila filem Transformers 5 ditayangkan nanti.

Transformers 5 v Fast 8

Jika dilihat prestasi filem-filem terdahulu pada tayangan minggu pertama, ianya tidaklah mengecewakan, misalnya filem Transformers: The Dark Moon yang ditayangkan pada 2011 telah berjaya mengutip sebanyak $382,425,000 manakala Transformers: Age of Extinction (2014) berjaya mengutip $302,138,390 (Jika pelakon utamanya tidak ditukar kami yakin filem ini dapat lebih kutipan pada minggu pertama).

Transformers 5 juga telah melakukan promosi besar-besarnya sejak penghujung tahun yang lalu dengan mengeluarkan secara kerap trailer-trailer, teaser dan juga poster-poster filem. Kalau dilihat filem-filem besar yang lain, hanya Transformers sahaja yang memulakan kempen promosi mereka lebih awal iaitu 6-8 bulan sebelum tayangannya. Malah pada minggu tanyang filem itu juga, tiada filem-filem besar lain yang akan ditayangkan, jadi faktor-faktor ini akan menyumbang kutipan yang tinggi pada minggu pertama tayangnya nanti.

Jadi kami jangkakan, filem Transformers: The Last Knight bakal mencipta kejutan dengan mencipta rekod kutipan tiket, setidak-tidaknya cuba mencabar rekod yang dipegang oleh filem kelapan franchise The Fast and Furious itu.


Related posts

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee