Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mampukah J Revolusi Tandingi Polis Evo?

j-revolusi

Selepas Polis Evo memaparkan kisah polis cawangan Narkotik dalam filem mereka, kini kisah anggota Unit Tindakan Khas (UTK) PDRM pula dijadikan inspirasi untuk menghasilkan sebuah filem aksi yang berjudul J Revolusi.

J Revolusi adalah sebuah filem terbitan Grand Brilliance dengan kerjasama produksi milik Andy Lau iaitu Infinitus Production dan bakal menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Zul Ariffin, Farid Kamil, dan Nur Fazura.


J Revolusi ini telah pun memulakan pengambarannya dan kini sedang memasuki fasa kedua. Dijangka filem aksi arahan Zulkarnain Azhar akan ditayangkan pada 2017.

https://www.instagram.com/p/BGcL0jBKMXr/

Apa yang menariknya tentang filem aksi ini ialah penglibatan jaguh-jaguh MMA seperti Peter Davis dan Saiful Merican sebagai pelakon. Kedua-dua mereka dikhabarkan akan membawa karakter antagonis dalam ini.

Selain itu penglibatan Haris Hue sebagai pengarah Fotografi dan Alfie Palermo sebagai lakon layar bakal memantapkan output filem J Revolusi. Ini kerana kedua-dua mereka terlibat dengan filem-filem yang telah memenangi pelbagai anugerah antaranya Polis Evo & Manisnya Cinta di Cappadocia.

https://www.instagram.com/p/BGr1aaMKMcx/

Selain itu juga, pihak PDRM melalui skuad UTK juga membantu dalam proses pembikinan filem seperti memberi bantuan teknikal & khidmat nasihat

Penglibatan krew hebat & atlet MMA pasti membuatkan filem ini padat dengan aksi pertempuan tanpa senjata. Malah Pelakon utama filem ini Zul Ariffin mengakui filem ini memerlukan banyak pergerakan fizikal terutama bila melibatkan babak pertarungan.

https://www.instagram.com/p/BErr8b-KMeM/

Jika sebelum ini, filem Polis Evo berjaya mencipta fenomena dalam filem yang melibatkan peranan PDRM, kali ini kita bakal melihat anggota UTK PDRM menjalankan tugas bagi membanteras penganas dalam filem J Revolusi. Mampukah filem berkenaan anggota UTK ini mampu menewaskan legasi filem Polis Evo? kita tunggu semasa dihari tayangan filem ini

J Revolusi bakal ditayangkan pada 2017. Untuk info terbaru, teruskan mengikuti laman blog Kakimuvee.net

Related posts

Netflix Dedah Trailer Rasmi “Kung Fu Panda: The Dragon Knight”

Kakimuvee

Avatar 2 Sahkan Peranan Baharu Sigourney Weaver

Kakimuvee

Menangi Percutian Ke Korea Bersama Pelakon Viu Original “She Was Pretty” dan Blimey!

Kakimuvee

Disney Tunda Tarikh Tayangan “Thor: Love and Thunder” Di Malaysia

Kakimuvee

Penggambaran Siri Aksi Langsung Netflix “Avatar: The Last Airbender” Telah Selesai

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir “Barbie” Yang Menampilkan Margot Robbie & Ryan Gosling

Kakimuvee

Leave a Comment