Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Mamat Khalid Nafi Filem LOCKDOWN Langgar PKP

Isu baru kini sedang melanda pengarah dan penerbit terkenal tanah air, Mamat Khalid.

Menurut laporan dari portal Cinema OnlineMamat Khalid didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila dikatakan menjalani penggambaran pada bulan Ramadan yang lalu.

Bagaimanapun, pengarah filem Manap Karaoke itu tampil menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa filem terbitan produksinya, Enjit-Enjit Semut hanya membuat penggambaran sebelum PKP dilaksanakan.

“Filem “Lockdown” arahan anak saya, Amin Khalid. Pada asalnya, judul filem ini adalah “Benda Asing” dan penggambarannya dijalankan sebelum tempoh PKP. Bagaimanapun, memandangkan jalan cerita sesuai dengan situasi dialami hari ini, jadi judulnya ditukar kepada “Lockdown”.

“Sebaik sahaja filem ini selesai menjalani penggambaran, PKP pun bermula. Jadi, kami menghabiskan masa untuk menyiapkan proses suntingan dan sebagainya. Saya muat naik video di laman sosial pada Ramadan lalu bertujuan untuk promosi awal, bukannya filem sedang menjalani penggambaran,” ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Sementara itu, Mamat yang bertindak sebagai penerbit untuk filem Lockdown ini berkata sejurus filem siap sepenuhnya, ia tidak akan ditayangkan di pawagam sebaliknya ia akan ditayangkan di saluran berbayar Astro First susulan seluruh pawagam di negara ketika ini masih ditutup dan tidak tahu bila ia akan kembali beroperasi.

Keputusan untuk menayangkan filem Lockdown di Astro First ini mengikut jejak langkah filem Mamat sebelum ini iaitu Manap Karaoke yang ditayangkan di saluran itu pada awal bulan lalu.

Related posts

DRAMA KAHWIN PAKSA ‘CIK AYU MEE SANGGUL’ TIDAK KLISE

Kakimuvee

Go Shop Menjenamakan Semula CH111 Kepada BAARU Demi Menyasarkan Lebih Ramai Golongan Milenial Di Malaysia

Zulaikha

CLUB MICKEY MOUSE KEMBALI DENGAN MUSIM 4, TAYANGAN EKSKLUSIF DI DISNEY + HOTSTAR BERMULA 28 JULAI

Kakimuvee

DRAMA ‘LOCKDOWN’ PAPAR 8 KISAH RAGAM MASYARAKAT HARUNGI PKP

Kakimuvee

Gandingan Syafiq Kyle & Hanna Aqeela Dalam Drama Adaptasi Novel ‘SUARA HATI’

Kakimuvee

[TRAILER] Zombi Jadi Taruhan “Mat Bond Malaya” Arahan Nabil Ahmad

Kakimuvee

Leave a Comment