Pengarah filem tersohor tanah air, Mamat Khalid kembali mengarahkan filem komedi terbarunya Manap Karaoke. Filem komedi ini ditulis oleh penulis M.Halim dan akan berlatarbelakangkan zaman 70-an.
Buat masa ini, setakat yang kami tahu, antara pelakon yang bakal membintangi filem Manap Karaoke ini adalah Joey dan Ropie Cecupak.
Tidak banyak info mengenai filem ini diketahui buat masa ini memandangkan ia masih dalam pembikinan. Bagaimanapun, pengarah Mamat Khalid telah memuatnaik imej pertama filem ini yang menunjukkan sebuah lori yang dihias dengan lampu dan mungkin dijadikan pentas oleh watak Manap untuk berkaraoke.
Kali terakhir filem komedi arahan Mamat Khalid diterbitkan adalah pada tahun 2016 iaitu filem Rock Bro dengan filem tersebut telah mengaut kutipan sebanyak RM4 juta. Filem terbaru arahan pengarah tersebut iaitu Lebuhraya Ke Neraka bagaimanapun tidak mendapat tempat dihati peminat dengan hanya mengutip kutipan lebih kurang RM500 ribu sahaja.

Rata-rata peminat yang mengentahui mengenai filem ini menyatakan tidak sabar untuk menonton karya terbaru pengarah terbabit yang agak terkenal dengan karya-karya komedinya seperti trilogi Rock, Man Laksa, Hantu Mak Limah Balik Kampung dan Zombi Kampung Pisang
