Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mamat Khalid Buat Kajian Selama 18 Tahun Untuk Filem Terbaru

sumber: studioh.com.my
sumber: studioh.com.my

Pengarah filem tersohor Mamat Khalid mendedahkan beliau mengambil masa lama iaitu selama 18 tahun untuk melakukan kajian untuk menghasilkan filem terbarunya yang merupakan sebuah filem epik berjudul “Pasir Salak”.

Filem tersebut mengisahkan tentang sejarah kebangkitan orang Melayu menentang penjajah British.

“Saya sebenarnya minat tentang sejarah Melayu, dan Pasir Salak antara salah satu subjek yang mempunyai pelbagai kisah boleh diketengahkan.”

“Sejak tahun 1998 saya buat kajian tentang Pasir Salak dan mengambil masa lama sebelum memutuskan untuk hasilkan filemnya kerana banyak perkara perlu diperhalusi berhubung fakta. Tetapi selepas 18 tahun membuat kajian, saya yakin dengan semua maklumat yang diperolehi sebelum memulakan penggambaran,” Mamat Khalid

Menurut pengarah “Hantu Kak Limah Balik Rumah” ini lagi, filem terbarunya ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan kerajaan negeri Perak.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai filem “Pasir Salak”, pengarah berusia 53 tahun itu berkata beliau akan memperlihatkan tentang pahlawan-pahlawan Melayu lain yang menyumbang kepada sejarah Pasir Salak yang belum pernah diketahui sebelum ini.

Membuatkan filem ini menjadi salah sebuah filem paling ditunggu-tunggu adalah barisan pelakonnya yang terdiri daripada pelakon handal seperti Datuk Rahim Razali, Datuk M. Nasir, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Hasnul Rahmat, Khir Rahman, Nam Ron, Bront Palarae dan Soffi Jikan.

Sementara itu, filem yang dijangka akan menelan belanja sebanyak RM5 juta ini akan memulakan penggambaran pada tahun hadapan.

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment