Mamat Khalid Bakal Hasilkan Filem Terbaru

306
views

Mamat-Khalid

Pengarah filem tersohor tanah air Mamat Khalid bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul “Hitam Hati”.

“Temanya agak berat dengan unsur keagamaan, murtad dan hidayah. Mungkin ini antara filem yang berbeza daripada saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut pengarah yang pernah mengarah filem-filem hebat seperti “Hantu Kak Limah Balik Rumah”, “Kala Malam Bulan Mengambang” dan banyak lagi ini berkata walaupun dia sibuk dengan mengurus pusat kesenian Sarang miliknya di Tanjung Malam, Perak namun dia tetap mencari masa untuk menghasilkan skrip filem terbarunya itu.

Filem terbaru Mamat Khalid ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar Melayu yang menuntut di luar negara yang telah terpesong apabila mengamalkan cara hidup bebas dan menolak kewujudan Allah. Apabila mereka pulang ke tanah air, telah berlaku konflik dengan pendakwah Islam dan ia menyebabkan salah seorang daripada pendakwah mati. Setelah dijatuhi hukuman mati, barulah mereka mula sedar akan kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

Pengarah berusia 52 tahun itu berkata penggambaran filem itu bakal berlangsung pada pertengahan tahun ini yang mana Mamat akan menampilkan barisan gabungan pelakon popular dan pelakon baru.

Dalam pada itu, selain “Hitam Hati” Mamat turut mempunyai dua buah filem arahannya yang bakal ditayangkan iaitu “Lebuh Raya Ke Neraka” pada Mei ini dan “Rock Bro” pada Oktober depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here