Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mamat Khalid Arah Filem Pasir Salak Pasir Berdarah

sumber: studioh.com.my
sumber: studioh.com.my

Mamat Khalid, satu nama besar dalam industri perfileman tanah air kerana kehebatannya menghasilkan filem-filem komedi, malah filem terbarunya, Rock Bro kini telah mengutip RM 6juta sejak ditayangkan 27 Oktober lalu. Walaupun dia dikenali sebagai Pengarah filem-filem humor, Mamat Khalid pernah memasang impian untuk membuat filem berdasarkan sejarah dan kini impian telah menjadi kenyataan apabila bakal mengarah filem terbarunya berjudul Pasir Salak Pasir Berdarah

Filem berkenaan bakal memulakan pengambarannya pada tahun hadapan dan dia telah menghantar skrip filem kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi mendapatkan dana. Menurutnya lagi, filem ini bakal menelan belanja kira-kira RM6 juta.

“Skrip filem ini sudah siap dan mengambil tiga sudut pandangan berbeza iaitu Datuk Maharaja Lela, pihak British dan rakyat sendiri. Selebihnya, terpulang kepada penonton untuk membuat penilaian,”

Filem Pasir Salak Pasir Berdarah ini berlatarbelakangkan tentang sejarah negeri Perak pada kurun k-18 dimana mengisahkan pahlawan terbilang Pasir Salak iaitu Datuk Maharaja Lela dan Tok Sagor. Kedua-dua pahlawan tersebut sememangnya terkenal menentang penjajahan British yang diketuai JWW Birch di negeri Perak. Penentangan kedua-dua pahlawan tersebut membawa kepada insiden pembunuhan ketua penjajah tersebut di Sungai Perak.

Antara nama-nama besar yang bakal membawa watak penting dalam filem ini ialah Datuk Rahim Razali, Eman Manan, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk M Nasir, Bront Palarae, Hasnul Rahmat dan Khir Rahman.

Menurut Mamat Khalid juga, dia mengambil masa yang lama untuk menghasilka skrip filem tersebut memandangkan ia memerlukan penyelidikan dan pemilihan pelakon yang sesuai.

 

Setakat ini, tarikh tayangan filem Pasir Salak Pasir Berdarah tidak diketahui lagi.

Related posts

Legendary Dedah Poster Terbaru “Godzilla vs Kong”, Trailer Akan Dilancarkan Ahad Ini

Kakimuvee

Chris Hemsworth Dedah Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Akan Bermula Minggu Ini

Kakimuvee

Wonka: Tom Holland & Timothée Chalamet Diintai Warner Bros. Untuk Peranan Utama Dalam Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Simu Liu Kata Shang-Chi Mampu Tewaskan Hulk & Iron Man!

Isqandar

Warner Bros. Akan Hasilkan Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Sekuel “Extraction” Dijangka Memulakan Penggambaran Pada Musim Luruh

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating