Mamat Khalid Akan Arahkan Filem Islamik

306
views
sumber: studioh.com.my
sumber: studioh.com.my

PENGARAH terkenal ini cukup sinonim dengan karya-karya komedi menerusi filem yang dihasilkannya.

Sebut sahaja Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Zombi Kampung Pizang, pasti anda sudah dapat membayangkan siapa pengarah yang juga penerbit terkemuka ini.

Pun begitu, siapa sangka bukan selamanya genre komedi menjadi pilihannya dalam industri cukup mencabar ini. Malah dia mengakui sudah bosan dengan genre itu dan perlu memberikan sesuatu yang baru menerusi karya-karya yang akan diterbitkan nanti.

Kerana itu, Mamat Khalid bakal menerbitkan sebuah filem yang mengangkat genre Islamik sebagai taruhan terbaharunya.

Mengambil judul Lebuhraya ke Neraka, akui Mamat Khalid, dia berharap buah tangan terbaharunya itu mampu mengubah persepsi penonton terhadap dirinya.

“Saya telah menghasilkan terlalu banyak filem yang mengangkat genre komedi. Rasanya sudah muak membikin filem sedemikian lagi. Kerana itu saya fikir perlu memberikan sesuatu yang berbeza kepada penonton di negara ini,” katanya yang memenangi Anugerah Lakon Layar Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27, menerusi filem Amir & Loqman Pergi Ke Laut.

Bercerita lanjut mengenai filem terbaharunya itu, Mamat memberitahu, ia turut mendapatkan kerjasama Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

“Bukan mudah menghasilkan filem sebegini, bimbang ia menyentuh sensitiviti agama. Kerana itu saya meminta penglibatan beliau. Lagipun, saya tidak boleh ambil ringan sesuatu yang melibatkan agama.

“Insya-ALLAH, dengan khidmat nasihat beliau, filem ini menjadi lebih baik,” katanya.

Menampilkan pelakon hebat seperti Awie, Khir Rahman dan Shahz Jazle, filem ini dijangka menemui penonton pada Februari tahun depan.

sumber: mStar Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here