Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Malaysia International Film Festival Membawa Filem “The Assistant” Ke 24th Udine Far East Film Festival


Siaran Media

Filem Malaysia “The Assistant”, telah menerima berita yang mengujakan daripada Festival Filem Antarabangsa. Berdasarkan Malaysia International Film Festival (MIFFest), “The Assistant” telah disenarai pendek dalam bahagian pertandingan Far East Film Festival (FEFF) secara rasmi dan memenangi peluang untuk tayangan perdana di peringkat antarabangsa. Ini juga merupakan kali pertama “The Assistant” ditayangkan di festival filem dunia.

Pengerusi MIFFest, Joanne Goh berkata: “Saya benar-benar teruja apabila mendengar mengetahui berita daripada Far East Film Festival Itali bahawa filem “The Assistant” telah disenarai pendekkan dan mempunyai tayangan perdana di platform antarabangsa. Membawa filem Malaysia yang cemerlang memasuki visi industri filem anatarabangsa merupakan misi MIFFest selama ini.” Tahun ini juga merupakan kali pertama MIFFest dan FEFF mencapai kerjasama. Kedua-dua festival filem berharap dapat membawa pencapaian baharu kepada industri perfileman dan televisyen Timur dan Barat melalui atas kerjasama kali ini.

“The Assistant” mewakili reputasi antarabangsa Malaysia, dan Adrian Teh  berkata, “Sebagai seorang pembikin filem, saya rasa  bangga kerana ini merupakan suatu pengiktirafan terhadap hasil kerja kami. Saya ingin berterima kasih kepada MIFFest atas bantuan dan sokongan yang diberikan. Saya amat menantikan tayangan perdana dunia tersebut, dan saya berharap penonton di Udine akan menyukai filem kami.” Filem “The Assistant” akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 19 Mei 2022. 

Adrian Teh juga menyampaikan penghargaan terhadap usaha barisan pelakon dan krew penggambaran yang terlibat. Dia berkata: “Tanpa usaha anda semua, kita tidak mampu menghasilkan filem yang unggul.”


“The Assistant”  ini menceritakan tentang Zafik (ledil Dzuhrie), seorang lelaki yang terpaksa meringkuk di dalam penjara atas kesalahan yang tidak dilakukan olehnya. Selepas hilang segalanya, dia bertemu Feroz (Hairul Azreen) yang sering muncul pada waktu “tepat”. Adakah Zafik berjaya merungkai motif sebenar Feroz? Filem ini juga menampilkan bintang Henley Hii sebagai Sam dan Farali Khan sebagai Sofia.

“The Assistant” adalah filem thriller aksi tempatan hasil kolaborasi Sony Pictures Entertainment Malaysia bersama Act 2 Pictures. Ia diarah, ditulis dan diterbitkan oleh Adrian Teh. Ini juga merupakan kali pertama Act 2 Pictures bekerjasama dengan studio Hollywood.

Saksikan Filem “The Assistant” di pawagam seluruh negara 19 Mei ini!


Related posts

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Pandangan Pertama Vanessa Kirby Sebagai Josephine Dalam Poster Terbaru NAPOLEON

Kakimuvee

Brie Larson Akan Terajui Spin-Off ’21 Jump Street’

Kakimuvee

SPIDER-MAN: BEYOND THE SPIDER-VERSE: Penerbit Akui Mungkin Tangguhkan ‘Threequel’ Jika Terpaksa

Kakimuvee

Spider-Man: Across the Spider-Verse Telah Melepasi AS$500 Juta Seluruh Dunia

Kakimuvee

Selepas Bocor Di Media Sosial, Sony Lancar Trailer & Poster ‘Kraven The Hunter’

Kakimuvee