Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Maksud ‘Totey’ Akan Didedahkan Dalam Filem – Syahmi Sazli

YouTuber dan pelakon Syahmi Sazli kini sedang bersiap sedia untuk mengarahkan filem pertamanya berjudul Mael Totey yang akan bermula esok.

Namun begitu, Syahmi berhadapan dengan cabaran apabila tajuk filemnya mengundang kontroversi kerana dikatakan berbunyi lucah.

Rata-rata warganet ingin mengetahui maksud disebalik judul ‘Totey’, tetapi Syahmi menjelaskan, penonton hanya akan mendapat jawapan apabila menontonnya nanti.

“Saya tak akan jelaskan maksud ‘Totey’ sekarang kerana ia hanya akan dijawab dalam filem ini. Maksud sebenar ‘Totey’ akan diketahui jawapannya dalam filem Mael Totey nanti,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Syahmi mendedahkan bahawa, keputusan membawa Mael Totey daripada YouTube ke filem selepas menerima reaksi hebat daripada peminat.

“Drama ini dihasilkan sebanyak lapan episod dan dah setahun menyepi. Jumlah tontonan dari episod satu hingga lapan pula lebih 17 juta. Ia tergantung pada episod lapan dan peminat minta sambung di YouTube.

“Tapi saya pilih untuk buat filem dengan perbaharui plot dan suntik idea yang segar. Ia turut diselit dengan unsur spontan,” katanya.

Mael Totey diterbitkan Syahmi Sazli Production dengan anggaran kos pembikinan diantaran antara RM300,000 sehingga RM400,000.

Syahmi turut membintang filem ini bersama-sama, barisan pelakon utama lain seperti, Asif Suhaimi, Yoe Parey, Emaleen Minhad, Wanie Rohaimie, Yatin dan Bedul. Pelakon pembantu lain pula terdiri daripada Catriona Ross, Husyairi Hussin, Daler Yusof dan Kamarool Yusoff.

Filem komedi ini dijangka ditayangkan di saluran Astro First pada Ogos atau September ini

Sumber: Harian Metro

Related posts

Kabir Bhatia Kembali Dengan Filem “Kerana Korona”

Isqandar

Bront Palarae Bawa Pulang Trofi Di Anugerah Televisyen Asia ke-25

Zulaikha

Awie Lega “10 Tips Tipu Bini” Dapat Sambutan Penonton

Isqandar

“10 Tips Tipu Bini” Akan Ditayangkan Di Astro First Pada 7 Januari Ini

Isqandar

Areel Abu Bakar Dedah Perancangan “Geran 2”

Kakimuvee

Monsta Lancar Trailer Pertama Filem Animasi “MechAmato”!

Kakimuvee