Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Maksud kod-kod ‘rating’ yang diklasifikasikan untuk sesebuah filem

Kredit: jeffartsWikipediaUtak Atik Film dan Cinema Online

Dalam sesebuah filem biasanya ada kod-kod rating tertentu yang diklasifikasikan. Mari kita kenali kod-kod filem G-rated, PG-rated, PG-13 rated, R-rated, dan NC17-rated.

Di Amerika atau secara umumnya:

 

G — General Audiences. All Ages Admitted.
Semua Usia diperkenankan menonton. Sebuah filem dengan klasifikasi “G” tidak mengandungi apapun mengenai tema, bahasa, ketelanjangan, seks, kekerasan atau hal lain yang akan menyinggung perasaan orang dewasa jika kanak-kanak atau golongan remaja muda melihat filem tersebut. Klasifikasi “G” bukanlah merupakan “persetujuan,” juga bukan menandakan sebuah film “kanak-kanak”. Mungkin terdapat penggunaan ayat-ayat atau perkataan yang melampaui percakapan sopan tetapi itu adalah ekspresi sehari-hari biasa. Tidak ada kata-kata “berlebihan” yang muncul dalam filem “G”. Penggambaran kekerasan yang minimal. Tidak ada adegan seks telanjang, atau penggunaan dadah yang muncul dalam film. Contoh: Ratatouille, Winnie The Pooh, Mr. Bean’s Holiday, Monsters Inc, Toy Story, Cars, Finding Nemo, The Princess Diaries

PG – Parental Guidance Suggested. Some Material May Not Be Suitable For Children. 

Beberapa isi dari filem klasifikasi PG ini mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak. Sebuah filem berklasifikasi “PG” harus diselidiki dahulu oleh orang dewasa sebelum membiarkan anak mereka menontonnya. Menurut Motion Picture Association of America (MPAA), kadar filem PG ini orang dewasa dapat mempertimbangkan beberapa konten tidak sesuai untuk anak-anak, dan orang tua harus membuat keputusan berkait hal itu. Tema yang lebih dewasa dalam beberapa film “PG” mungkin memerlukan bimbingan orang tua. Mungkin ada beberapa kata-kata “kotor” dan beberapa penggambaran kekerasan atau ketelanjangan secara singkat.

Namun elemen ini tidak dianggap begitu kuat untuk mensyaratkan bahwa orang tua harus sangat berhati-hati. Tidak ada tontonan penggunaan dadah dalam film berklasifikasi “PG” ini tetapi jika kanak-kanak atau golongan remaja muda ingin menonton perlu ditemani orang dewasa. Contoh: Filem live-action Beauty and The Beast, Sing, Moana, Despicable Me, Narnia, Lilo & Stitch, Maleficent.

PG-13 — Parents Strongly Cautioned. Some Material May Be Inappropriate For Children Under 13.

Beberapa kandungan dari filem PG-13 kebanyakannya tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah usia 13 tahun. Klasifikasi “PG-13” adalah peringatan tegas dari MPAA bagi orang dewasa untuk menentukan apakah kanak-kanak di bawah usia 13 tahun dapat menonton filem, dengan pertimbangan adanya beberapa isi filem mungkin tidak sesuai untuk mereka. Filem dengan klasifikasi “PG-13” penuh tema kekerasan, ketelanjangan, sensualiti, bahasa, kegiatan orang dewasa atau unsur-unsur lain, tetapi tidak sampai mencapai kategori “R”.

Tema film dengan sendirinya tidak akan menghasilkan peringkat yang lebih besar dari “PG-13”, walaupun penggambaran kegiatan yang berkaitan dengan tema dewasa akan ada dalam filem berklasifikasi PG-13 ini. Adegan penggunaan dadah akan memerlukan setidaknya klasifikasi “PG-13”. Adegan ‘tidak berpakaian’ yang lama, memerlukan setidaknya klasifikasi “PG-13”, namun adegan ‘tidak berpakaian’  tersebut dalam klasifikasi ini dinilai umumnya tidak akan berorientasi seksual. Ada kemungkinan penggambaran kekerasan di filem “PG-13”, namun umumnya tidak realistik dan ekstrem. Contoh: Avengers, The Dark Knight, Guardians of The Galaxy, King Arthur, Avatar, Pirates Of The Caribbean, Dunkirk, Tiatnic, Batman Vs Superman.

R or Hard-R — Restricted. Children Under 17 Require Accompanying Parent or Adult Guardian.

Kanak-kanak atau golongan remaja di bawah usia 17 tahun diharuskan didampingi orang dewasa. Sesebuah filem dengan klasifikasi “R”, berisi beberapa material dewasa. Sebuah filem “R” mungkin mengangkat tema-tema orang dewasa, aktiviti orang dewasa, bahasa yang kasar, kekerasan yang ekstrem atau berkelanjutan (lebih dari sekali), ketelanjangan berorientasi seksual, penyalahgunaan dadah, seram yang melampau atau unsur-unsur lainnya, sehingga orang dewasa harus memberi perhatian sangat serius.

Kanak-kanak dan golongan remaja di bawah usia 17 tahun tidak diizinkan untuk menonton film berklasifikasi “R” tanpa ditemani oleh orang dewasa. Ibu-bapa sangat disarankan untuk mengetahui lebih banyak tentang film berklasifikasi “R” agar dapat menentukan kesesuaian filem tersebut untuk anak-anaknya. Kalau Hard-R tu lagi dahsyat sikit dari R dan sipi-sipi ke kadar NC-17 Contoh: Alien Covenant (Hard-R), Deadpool (Hard-R), Logan (Hard-R), Terminator 2, The Conjuring, Baywatch, Gladiator, Shutter Island.

NC-17 — No One 17 and Under Admitted.

Sebuah filem dengan klasifikasi “NC-17” adalah salah satu yang dalam pandangan MPAA, kebanyakan orang dewasa akan mempertimbangkan isi filem yang terlalu dewasa untuk anak-anak mereka yang berusia 17 tahun dan di bawahnya. Sesiapa yang berusia 17 tahun dan ke bawah tidak diperbolehkan menontonnya.

“NC-17” tidak bererti “lucah” atau “filem pornografi” dalam erti biasa, dan tidak dapat dianggap sebagai penilaian negatif dalam erti apapun. Peringkat tersebut hanya peringatan bahawa kandungan filem hanya sesuai untuk penonton dewasa. Filem berklasifikasi “NC-17” dapat didasarkan pada kekerasan, seks, perilaku menyimpang, penyalahgunaan dadah, keganasan melampau atau elemen lain yang hanya sesuai dan layak ditonton oleh orang dewasa. Contoh: Pulp Fiction, Clockwork Orange, Original Sin, Shame, A Serbian Film, Saw.

Untuk penapisan filem dan sistem penilaian di Malaysia, LPF (Lembaga Penapisan Filem atau Lembaga Penapisan Negara) telah mengeluarkan arahan baru kepada semua pengedar filem, memansuhkan klasifikasi sebelum ini dikenali sebagai 18SX, 18SG, 18PL dan 18PA.

Sistem klasifikasi untuk filem  di pawagam Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1996-2010 ialah.

  • 18SG (Seram, Ganas) – Filem mungkin mengandungi keganasan, keseraman yang mengganggu penonton.
  • 18SX (Seks) – Filem mungkin mengandungi babak seks, ketelanjangan atau dialog seks yang mengganggu penonton.
  • 18PA (Politik, Agama) – Filem mungkin mengandungi elemen termasuk aspek agama, sosial atau politik yang mengganggu penonton. (Jarang digunakan)
  • 18PL (Pelbagai) – Filem mungkin mengandungi elemen seperti dalam filem berkadar 18SG, 18SX, 18PA.

Sistem penilaian baru yang dibuat pada tahun 2010 ini menampilkan tiga kategori:

  • U (Umum) – Untuk penonton umum. (Digunakan oleh kebanyakan filem di Malaysia hingga 2008.)
  • PG-13 (Penjaga 13) – Kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak dibenarkan melainkan ditemani oleh seorang dewasa. (Diperkenalkan pada 2006, ini menjadi sistem pengkadaran wayang gambar Malaysia rasmi pada 2008. Pengkadaran “PG-13” dijadikan “PG13” pada April 2012 untuk menguatkan penggunaan Bahasa Malaysia daripada Inggeris.
  • 18  – Untuk penonton yang berumur lebih daripada 18 tahun sahaja.

Related posts

5 THINGS WE CAN LOOK FORWARD TO IN HOSPITAL PLAYLIST S2

Zulaikha

5 Burning Questions from Lupin: Part 1 That We Hope Will Be Answered Tomorrow

Kakimuvee

Top 8 Family Streaming Favorites on HBO GO this FMCO

Kakimuvee

5 Things to Know About Marvel Studios’ LOKI, Debuts Today on Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Top 10 lifestyle and reality shows on Astro this June!

Kakimuvee

Filem-Filem Rebel & Liar Yusof Haslam Di MUBI Jun Ini

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating