Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Makrifat Cinta Review


Review Makrifat Cinta 2018

Sebuah produksi Dhananwoodd Films.
Lakonan Syamsul Yusof, Nabila Huda, Puteri Balqis, Nora Danish, Dato Adi Putra dan ramai lagi.

Sebuah filem tempatan yang menggunakan konsep ala-ala Bollywod ke dalam filem ini nyata memberikan kelainan kepada filem Makrifat Cinta yang mula ditayangkan 1 Februari 2018 yang lalu.

Mengisahkan tentang kehidupan seorang lelaki bersama keluarganya yang sering dihimpit masalah ditambah dengan keadaan kewangan yang teruk dan juga si isteri yang selalu menekan suaminya berkenaan hal tersebut. Dikurniakan seorang cahaya mata, anak gadis mereka begitu memahami kehidupan mereka yang tidak begitu bernasib baik. Lebih mengeruhkan keadaan apabila keluarga si isteri iaitu abangnya turut mencampuri urusan rumahtangga mereka. Si abangnya juga merupakan seorang penagih dadah dan juga seorang yang suka berjudi, oleh itu dia menggunakan adiknya untuk mendapatkan wang daripada adik iparnya tadi.

Oleh kerana kesempitan hidup dan tekanan yang dialami oleh si suami, dia akhirnya telah menjerumuskan dirinya sendiri ke arah kemusnahan dengan meminjam wang daripada Along. Hal tersebut tidak diketahui oleh isterinya. Dalam beberapa ketika kemudian, lelaki ini tadi telah berjumpa dengan rakan baiknya ketika zaman persekolahan dan rakannya ini sanggup untuk membantu beliau dalam menghadapi cabaran hidupnya. Dalam kesempitan hidupnya, lelaki ini juga telah merekacipta satu aplikasi telefon pintar yang boleh digunakan oleh mereka yang mengalami masalah penglihatan. Dengan bantuan daripada rakan lamanya tadi akhirnya dia berjaya menjual projeknya kepada sebuah syarikat dan menjadikannya jutawan.


Filem ini pada dasarnya boleh diklasifikasikan sebagai filem “soft musical” bersesuaian dengan misi pihak produksi yang menerapkan konsep Bollywood ke dalam filem ini dengan memainkan lagu latar di setiap babak yang ada. Filem dibuka dengan sebuah pemandangan yang melibatkan penggunaan CGI yang dilihat agak ‘kekartunan’ sebenarnya dan tidak hanya pada babak pembukaan malah pada setiap babak yang menggunakan CGI.

Walau bagaimanapun, watak dalam filem ini dibina dengan perlahan lahan yang mana memudahkan pemahaman kepada penonton terhadap filem ini terutamanya pada watak utama. Hal ini ditambah dengan penghayatan pelakon pelakon terhadap watak mereka yang sememangnya patut dipuji terutama kepada Nabila Huda, Puteri Balqis, Syamsul Yusof dan beberapa pelakon lain.

Sepertimana yang telah dinyatakan di awal ulasan ini dimana filem ini adalah sebuah filem yang berkonsepkan “soft musical” maka penonton akan disajikan dengan alunan muzik latar disetiap babak yang ada sehinggakan ada babak yang dilihat tidak perlu diiringi dengan muzik latar yang keterlaluan.

Selain itu juga jalan cerita yang dilihat agak menenangkan dan tidak menimbulkan rasa bosan juga harus dipuji walaupun dari segi “camera work” dan “continuity” yang mungkin boleh membahayakan kualiti filem ini namun hal itu berjaya ditepis sedikit demi sedikit dengan penggunaan jalan ceritanya dari awal hingga akhir.

Filem ini pada akhirnya ditutup dengan satu mainan emosi yang agak hebat dan memaparkan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.

Secara keseluruhannya filem masih tidak lari daripada tipikal drama yang ada di Malaysia dengan memuatkan kisah pergolakan rumah tangga akibat perkahwinan yang diatur ibubapa namun, konsep “soft musical” ini adalah konsep yang masih baru di Malaysia dan ini adalah satu tindakan yang agak berani oleh pihak produksi.

So tunggu apa lagi…
Kalau anda jenis yang mudah mengalirkan airmata dan suka dengan mainan emosi, maka filem ini untuk anda.

“Kita semua sama disisi Allah, semua yang berlalu pada saya ini telah ditentukan oleh Dia dan sesungguhnya ada hikmah yang tersendiri”, Makrifat Cinta 2018.

Rating : 6.5/10


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee