Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

#MakeTheBatfleckMovie Trending Di Twitter, Peminat Mahu Filem “The Batman” Versi Ben Affleck Menjadi Realiti

Suatu ketika dahulu, Ben Affleck sepatutnya menjadi mengarahkan dan membintangi filem The Batman. Dia menulis skrip bersama penulis buku komik Geoff Johns, tetapi disebabkan masalah dalam kehidupan peribadinya – dan mungkin pengalamannya bekerja bersama Joss Whedon semasa penggambaran semula Justice League – pelakon dan pembuat filem itu mula menjauhkan dari projek The Batman

Kini projek The Batman diuruskan oleh pengarah Matt Reeves, dan Robert Pattinson menjadi Bruce Wayne aka Batman. Walaupun Affleck mengulangi peranannya dalam Zack Snyder’s Justice League dan akan kembali sebagai Bruce Wayne dalam filem The Flash tahun hadapan, masa depannya bersama DCEU semakin samar-samar. 

Tidak dinafikan, selepas Zack Snyder’s Justice League mula ditayangkan di HBO Max, kempen-kempen seperti #RestoreTheSnyderVerse dan #DeathstrokeHBOMax mula trending di media sosial. Peminat mahu dunia DC Zack Snyder diteruskan, dan mendesak WarnerMedia untuk hasilkan filem solo Deathstroke. 

Kini, satu lagi kempen telah digerakkan peminat DC yang mahu melihat filem The Batman arahan Ben Affleck menjadi realiti. Sehubungan itu, tanda pagar #MakeTheBatfleckMovie mula menjadi trending, dan mereka berharap WarnerMedia mendengar suara mereka yang mahu filem The Batman arahan Affleck dihasilkan oleh pihak studio.

Filem asal The Batman menyaksikan pertembungan diantara Batman dan musuh ketatnya, Deathstroke, namun disebabkan masalah tertentu, Affleck berundur dari projek tersebut. Pengarah Matt Reeves mengambil-alih projek The Batman, dan telah mengubah hala-tuju filem tersebut. 

Kepada peminat DC, adakah anda mahu melihat The Batman versi Affleck menjadi realiti? jika mahu, tularkan tanda pagar #MakeTheBatfleckMovie di media sosial.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment