Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Makan Tengahari Bersama Taika Waititi, Timbul Spekulasi Ryan Gosling Sertai MCU

Jika seseorang pelakon dan pengarah dilihat ‘melepak’ atau menikmati makan tengahari bersama-sama mungkin ia pekara biasa. Tetapi jika seseorang pengarah itu sedang terlibat dalam sesebuah projek filem, dan bertemu dengan pelakon yang tidak terlibat dalam projek itu, ia boleh menimbulkan spekulasi dikalangan peminat.

Beberapa keping gambar yang tersebar di media sosial telah menimbulkan spekulasi yang menarik buat peminat terutamatanya yang meminati dunia MCU.

Gambar tersebut menunjukkan bintang filem Blade Runner 2049, Ryan Gosling baru sahaja selesai makan tengahari bersama pengarah filem Thor: Love and ThunderTaika Waititi. Sekaligus menimbulkan desas-desus mengenai penglibatan Gosling dalam Marvel Cinematic Universe.

Pertemuan diantara kedua-dua individu tersebut dikatakan berkaitan dengan projek filem. Seperti yang peminat-peminat semua tahu, Waititi akan memulakan projek terbarunya bersama Marvel Studios iaitu Thor: Love and Thunder. Tetapi pengarah tersebut bukan sahaja akan membikin filem sekuel Marvel itu, dia juga sedang terlibat dengan sebuah projek filem sukan untuk Fox Searchlight iaitu Next Goal Wins dan filem ‘live action’, Akira untuk Warner Bros.

Jadi pertemuaan mereka berdua mungkin membincangkan salah satu dari tiga projek filem yang sedang hasilkan oleh Waititi.

Rasanya tidak salah untuk kita berspekulasi. Andaikan Gosling ditawarkan watak dalam filem keempat Thor, agak watak mana yang sesuai untuk pelakon tersebut? adakah watak adiwira Balder, abang tiri kepada Thor atau watak penjahat Gorr? kongsikan spekulasi anda.

Related posts

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

[VIDEO] Prolog ‘Jurassic World Dominion’ Membawa Peminat Kembali 65 Juta Tahun Yang Lalu

Kakimuvee

Leave a Comment