Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Mahu Cuba Watak Komedi” – Lufya

Pelakon Lufya menyuarakan hasratnya untuk menjayakan watak komedi pula selepas ini kerana mahu menerokai watak baru yang tidak pernah dijayakannya.

Lufya memberitahu dia sebelum ini sering diberikan watak yang sama, iaitu watak serius atau watak yang memerlukannya bermain dengan emosi.

“Saya sering diberi watak serius. Sebagai contoh, dalam drama Umairah, watak saya sentiasa bergenang air mata dan penuh emosi.

“Saya menunggu karakter ringan atau drama berbentuk romantik komedi. Ramai yang tidak tahu saya sebenarnya kelakar,” katanya yang dipetik dari BH Online.

Pelakon “[email protected]” ini berkata walaupun dia tidak bersikap selektif terhadap tawaran berlakon, namun dia juga mahukan kelainan dalam kerjaya lakonan supaya dirinya lebih versatile.

Lufya pada masa sama turut mengakui lakonannya dalam drama “Umaira” memberi impak besar dan positif terhadapnya apabila ia masih lagi menjadi sebutan ramai penonton.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai perkembangannya, pelakon berusia 32 tahun itu berkata tahun ini adalah tahun untuk dirinya kembali fokus pada kerjaya lakonan yang ditinggalkan sebelum ini berikutan mahu beri tumpuan kepada rumah tangga.

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment