Berita

Mahershala Ali Kongsikan 'Artwork' BLADE Di Media Sosial

Views

Semasa konvensyen San Diego Comic-Con tahun lalu, Marvel Studios menamakan Mahershala Ali sebagai Blade untuk Marvel Cinematic Universe (MCU).

Kini, pemenang Anugerah Oscar itu 'mengoda' peminat dengan memuatnaik karya seni Daywalker versi dirinya di media sosial. Anda boleh saksikan karya ciptaan @Maxbeechcreative itu dibawah.

 

View this post on Instagram

 

•⚔️ •

A post shared by Mahershala Ali (@mahershalaali) on

Tidak banyak butiran lanjut mengenai Blade didedahkan Marvel Studios. Setakat ini tidak diketahui sama ada Blade akan dihasilkan dalam bentuk filem atau siri televisyen untuk Disney+, tetapi Kevin Feige sebelum ini mengesahkan bahawa filem tersebut tidak akan menjadi sebahagian dari Fasa 4 MCU.

Blade pertama kali diangkat ke layar perak pada tahun 1998 dan dibintangi Wesley Snipes yang memainkan peranan utama. Filem arahan Stephen Norrington dan lakonlayar oleh David S. Goyer mendapat ulasan bercampur-campur dari pengkritik, tetapi sukses dipentas box office dengan kutipan sebanyak $131.2 juta dolar berbanding kos penggambaran sebanyak $45 juta.

Sekuel Blade II yang ditayangkan pada 2002 turut sukses dipentas box office, bagaimanapun filem ketiga Blade: Trinity menerima respond negatif dari pengkritik dan penonton serta gagal mendapat kutipan yang diharapkan.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks