Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mahershala Ali Hubungi Kevin Feige Untuk Berbincang Mengenai Filem Blade

Antara yang paling menarik dalam sesi panel Marvel Studios di dewan H, San Diego Comic-Con adalah semasa Kevin Feige menjemput masuk pemenang anugerah Academy, Mahershala Ali ke pentas yang penuh dengan barisan pelakon filem-filem Marvel dan mengumumkan aktor tersebut akan memainkan peranan sebagai ‘vampire hunter’ Blade dalam filem solo Blade akan datang.

Agak menarik sebenarnya kerana Feige dan Marvel Studios berjaya merahsiakan penglibatan Mahershala Ali dalam filem Blade untuk tempoh masa yang cukup lama.

Ketika ditemubual oleh wartawan The Hollywood Reporter selepas selesai perbentangan di dewan H, Feige mendedahkan bahawa Ali sebenarnya telah menghubungi Marvel Studios sebaik sahaja memenangi anugerah Academy menerusi filem Green Book awal tahun ini dan mengaturkan pertemuan dengan pasukan Marvel.

When Marhershala calls, you answer.

Menurutnya presiden Marvel Studios itu lagi, pertemuan tersebut adalah mengenai keinginan Ali menghasilkan filem terbaru Blade.

Mahershala Ali telah memenangi dua anugerah Oscar iaitu menerusi filem Moonlight dan yang terbaru filem Green Book. Beliau pernah muncul dalam siri televisyen Marvel Netflix, Luke Cage sebagai penjahat iaitu Cornell “Cottonmouth” Stokes. Secara teknikalnya, siri Netflix itu berkongsi dunia yang sama dengan filem Marvel, tetapi memandangkan siri Luke Cage telah dibatalkan, tiada masalah untuk Ali membawakan watak Blade dalam filem akan datang.

Kepada peminat-peminat Marvel, adakah anda tidak sabar melihat Blade beraksi dalam Marvel Cinematic Universe? kongsikan pendapat anda.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment