Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mahershala Ali Dilaporkan Berjumpa Matt Reeves Untuk Bincangkan Watak Commissioner Gordon


Menurut khabar angin terbaru yang dikeluarkan laman Collider, Matt Reeves dilaporkan telah berjumpa dengan pemenang anugerah Academy, Mahershala Ali untuk membincangkan peranan Commissioner Jim Gordon dalam filem The Batman.

Butiran lanjut mengenai perbincangan itu tidak diketahui, dan ianya masih dianggap sebagai khabar angin memandangkan Ali komited untuk memainkan peranan Blade dalam Marvel Cinematic Universe.

Walaubagaimanapun, khabar angin tersebut sekurang-kurangnya memberi sedikit gambaran kepada peminat tentang perancangan Matt Reeves terhadap karakter sokongan Batman itu.

Sebelum ini, pelakon Giancarlo Esposito dan Jamie Foxx telah dikaitkan dengan peranan penting filem The Batman dan dipercayai peranan tersebut adalah Jim Gordon. Jika khabar angin ini benar, ia bermakna J.K. Simmons mungkin tidak akan kembali memainkan peranannya sebagai Jim Gordon dalam filem The Batman versi Reeves.

The Batman dijangka akan memulakan produksinya pada tahun hadapan dan peminat mungkin dapat mengetahui barisan pelakon sebaik sahaja penggambaran bermula



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee