Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

MAFE Gesa Kerajaan Benarkan Sektor Pawagam Kembali Beroperasi


Pawagam merupakan antara sektor ekonomi yang paling terkesan disebabkan pandemik COVID-19. Sehubungan dengan itu, Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) menggesa kerajaan mempertimbangkan semula pembukaan pawagam selepas beberapa sektor ekonomi termasuk perkhidmatan bukan keperluan utama dibenarkan beroperasi.

Menurut pengurusinya, Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Seth, sekiranya sektor pawagam masih ditutup, ia dikhuatiri akan terus melumpuhkan industri pawagam Malaysia yang kini sudah mencatat kerugian sebanyak 90 peratus. 

Tambahnya lagi, negara seperti Korea Selatan, Jepun, Singapura, Thailand, Indonesia dan India sudah membenarkan pawagam kembali beroperasi.

“Industri ini mengalami kerugian lebih RM500 juta tahun lalu. Ia jauh berbeza jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya di mana industri ini secara keseluruhannya menyumbang lebih RM1.08 bilion pendapatan dan lebih RM250 juta cukai hiburan kepada negara,” katanya.

Beliau berkata, impak itu menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan, banyak pawagam terpaksa gulung tikar dan semua pemilik pawagam terpaksa mengecilkan operasi mereka. Malah, ada dalam kalangan kakitangan pawagam terpaksa menerima potongan gaji sehingga 70 peratus.


“Kerugian paling besar setakat ini adalah pengunduran pengendali pawagam ketiga terbesar di Malaysia iaitu MBO Cinemas yang terpaksa melakukan pelupusan secara sukarela.

“Krisis kewangan itu melarat sehingga merangkumi rantaian bekalan yang lebih besar iaitu keseluruhan perniagaan hujung ke hujung termasuk syarikat-syarikat kecil dalam bidang pembuatan, logistik, pembersihan, makanan dan minuman serta peruncitan,” katanya.

Beliau berkata, MAFE sudah membuat beberapa rayuan secara bersama untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Antara permohonan diutarakan adalah pengecualian atau pengurangan cukai hiburan untuk pemamer filem. Mohd Ghazali berkata, walaupun RM225 juta sudah diperuntukkan bagi membiayai dan menyokong aktiviti kesenian, kebudayaan dan hiburan pada 

Sumber: Harian Metro


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee