Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

MAEL TOTEY THE MOVIE Terus Tunjuk Prestasi Baik, Kumpul RM4 Juta Sehinggakini.


Mael Totey The Movie terus menunjukkan prestasi yang cukup memberansangkan apabila berjaya mengumpul RM4 juta dalam tempoh 8 hari tayangannya. 

Pendedahkan kutipan Mael Totey The Movie didedakan pengedar filem Astro Shaw menerusi laman Instagram rasmi milik mereka. Kutipan ini boleh dikatakan kejayaan luarbiasa YouTuber Syahmi Sazli memandangkan ini adalah percubaan pertamanya dalam dunia perfileman. 

Mael Totey The Movie diarahkan YouTuber terkenal Syahmi Sazli. Filem ini diangkat dari siri YouTube berjudul sama dengan anggaran kos pembikinan sekitar RM300,000 sehingga RM400,000.

Dibintangi Syahmi Sazli sebagai Mael, filem ini berkisar tentang berkisar seorang pemuda lurus bendul bernama Mael yang cuba memikat gadis bernama Yaya. Bagaimanapun, gadis tersebut meletakkan syarat agar dia belajar bahasa Inggeris sebelum dapat berkawan dengannya. Demi memenuhi permintaan Yaya, Mael belajar bahasa Inggeris bersama ‘Teacher’. Namun, Mael tidak tahu bahawa hatinya akan dipikat oleh orang gadis lain.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Asif Suhaimi, Yoe Parey, Emaleen Minhad, Wanie Rohaimie, Yatin dan Bedul. Pelakon pembantu lain pula terdiri daripada Catriona Ross, Husyairi Hussin, Daler Yusof dan Kamarool Yusoff.


Mael Totey The Movie boleh ditonton di Astro First, saluran 480

https://www.instagram.com/p/CG9KPQep3Nm/?igshid=uzlzh60z98sg


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee