Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

“Mael Totey The Movie” Kumpul RM7 Juta

Selepas hampir dua bulan ditayangkan, filem Mael Totey The Movie berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM7 juta ringgit.

Kutipan tersebut sudah pasti menjadi kejayaan besar buat pengarah Syahmi Sazli, lebih-lebih lagi ia merupakan filem pertamanya. 

Sebelum ini, Mael Totey The Movie berjaya menembusi carta lima filem terbaik Astro First dan menduduki tangga tertinggi, mengatasi beberapa filem antarabangsa seperti Train To Busan dan Vanguard.

Mael Totey The Movie diarahkan YouTuber terkenal Syahmi Sazli. Filem ini diangkat dari siri YouTube berjudul sama dengan anggaran kos pembikinan sekitar RM300,000 sehingga RM400,000.

Dibintangi Syahmi Sazli sebagai Mael, filem ini berkisar tentang berkisar seorang pemuda lurus bendul bernama Mael yang cuba memikat gadis bernama Yaya. Bagaimanapun, gadis tersebut meletakkan syarat agar dia belajar bahasa Inggeris sebelum dapat berkawan dengannya. Demi memenuhi permintaan Yaya, Mael belajar bahasa Inggeris bersama ‘Teacher’. Namun, Mael tidak tahu bahawa hatinya akan dipikat oleh orang gadis lain.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Asif Suhaimi, Yoe Parey, Emaleen Minhad, Wanie Rohaimie, Yatin dan Bedul. Pelakon pembantu lain pula terdiri daripada Catriona Ross, Husyairi Hussin, Daler Yusof dan Kamarool Yusoff.

Related posts

Maya Karin Bakal Kembali Dalam Filem Ketiga “Pontianak Harum Sundal Malam”

Isqandar

Kabir Bhatia Kembali Dengan Filem “Kerana Korona”

Isqandar

Bront Palarae Bawa Pulang Trofi Di Anugerah Televisyen Asia ke-25

Zulaikha

Awie Lega “10 Tips Tipu Bini” Dapat Sambutan Penonton

Isqandar

“10 Tips Tipu Bini” Akan Ditayangkan Di Astro First Pada 7 Januari Ini

Isqandar

Areel Abu Bakar Dedah Perancangan “Geran 2”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating