Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mads Mikkelsen Sertai Filem “Indiana Jones 5”

Selepas menyertai Fantasic Beasts 3 dengan memainkan peranan Grindelwald, pelakon Mads Mikkelsen telah memperolehi satu lagi projek berprofil tinggi, kali ini bergabung dengan Harrison Ford dalam filem Indiana Jones 5 terbitan Lucasfilm. Bagaimanapun, peranan yang akan dibawa pelakon Denmark itu masih belum didedahkan pihak studio. 

Indiana Jones 5 telah dibangunkan sejak 2016 lagi dengan Steven Spielberg dan Harrison Ford kembali sebagai pengarah dan watak utama. Bagaimanapun, projek itu kerap ditunda selepas skrip terpaksa diubah beberapa kali. Tahun lalu, Speilberg mengumumkan pengundurannya dari projek Indiana Jones 5, tetapi masih kekal sebagai penerbit. 

Calon Oscar, James Mangold (Logan) telah dipilih untuk menggantikan tempat Spielberg sebagai pengarah. Dia turut menulis skrip bersama penulis Ford v Ferrari, Jez dan John-Henry Butterworth. 

Indiana Jones 5 diterbitkan Kathleen Kennedy, Steven Spielberg, Frank Marshall dan Simon Emanuel dengan John Williams kembali sebagai komposer. Penggambaran dijangka bermula pada musim panas ini dan akan ditayangkan dipawagam seluruh dunia pada 29 Julai 2022. 

Sumber: Deadline

Related posts

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee