Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mads Mikkelsen Sah Ganti Johnny Depp Dalam Filem “Fantastic Beasts 3”


Selepas menolak khabar angin yang mengatakan dia akan menggantikan peranan Jonny Depp sebagai Gellert Grindelwald dalam filem Fantastice Beasts 3, Deadline melaporkan bahawa bintang Hannibal,Ā Mads Mikkelsen telah dipilih secara rasmi oleh Warner Bros. untuk mengambil alih peranan antagonis utama dalam filem prekuel Harry PotterĀ akan datang.Ā 

Sebelum ini, pengarah David Yates telah mengeluarkan senarai pelakon yang berpotentsi untuk menggantikan tempat Depp, dan Mikkelsen menjadi pilihan utamanya.Ā 

Depp telah diminta oleh pihak studio untuk berundur dari francaisĀ Fantastic Beasts selepas tewas dalam kes saman fitnah terhadap akhbar tabloid Britain, namun dilaporkan dia masih dibayar gaji penuh untuk filem itu walaupun hanya menjalani penggambaran selama satu hari.

Fantastic Beasts 3 menyaksikan pemenang Oscar Eddie Redmayne kembali sebagai Newt Scamander, bersama-sama Katherine Waterston sebagai Tina Goldstein, Dan Fogler sebagai Jacob Kowalski, Alison Sudol sebagai Queenie Goldstein, Ezra Miller sebagai Credence, Jude Law sebagai Albus Dumbledore, dan Jessica Williams sebagai Profesor Eulalie Hicks

Filem ketiga ini sekali diarahkan oleh David Yates berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh J.K. Rowling dan Steve Kloves. Fantastic Beasts 3Ā kini sedang menjalani penggambaran di UK dan akan ditayangkan pada 15 Julai 2022.



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee