Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mads Mikkelsen Berminat Untuk Membawakan Watak Doctor Doom

Sebelum menandatangani kontrak dengan Marvel unutk membawakan watak Kaecilius dalam filem Doctor Strange, Mads Mikkelsen telah pun mencuba nasib untuk berlakon dalam filem-filem yang melibatkan karakter-karakter Marvel. Beliau pernah mencuba nasib untuk berlakon dalam filem reboot Fantastic Four yang dihasilkan pada tahun 2015, tetapi mendapati watak yang ingin dibawa olehnya tidak sesuai dengan dirinya.

Kini selepas membintangi filem Doctor Strange dan Rogue One: A Star Wars Story, Mikkelsen mendedahkan dia sekali lagi ingin mencuba nasib dalam filem karakter Marvel.. dengan cuba membawakan watak Doctor Doom.

Yeah, it’s always interesting,” “They are experimenting with doing some of the villain’s stories as well. Let’s see if they do that. I’m not familiar that they’ve done it with anyone yet. They haven’t done it with The Joker [and] they haven’t done it with The Penguin. So, we’ll see when that day comes.” – Mads Mikkelsen

20th Century Fox kini dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah filem solo mengenai Doctor Doom. Ianya agak menarik kerana mereka fokuskan karakter villain, Doctor Doom sebagai watak utama.

Karakter Doctor Doom dicipta oleh Stan Lee dan Jack Kirby dan membuat penampilan pertama dalam komik Fantastic Four #5 pada tahun 1962. Sejak kemunculannya dalam dunia komik Marvel, Doctor Doom sentiasa berkait dengan Fantastic Four, Luke Cage dan Celestial serta antara villain utama dalam komik-komik Marvel. Tetapi sejak kebelakangan ini, dalam siri komik terbaru, Doctor Doom telah beruba pesona dan sifatnya lebih kepada superhero, malah turut mengambil alih Mantle Iron Man semenjak ketiadaan Tony Stark.

Filem Doctor Doom diumumkan oleh Fox semasa konvensyen ComicCon baru-baru ini, dan filem ini masih dalam peringkat perancangan.

 

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment