Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Asia

Ma Dong Seok Kongsikan Gambar Bersama Barisan Pelakon “The Eternals”


Selain Angelina Jolie, Selma Hayek dan Richard Madden, pelakon terkenal Korea Selatan, Ma Dong Seok turut dinamakan dalam barisan pelakon filem terbaru Marvel The Eternals.

Teruja dengan penglibatannya dalam filem tersebut, dia telah berkongsikan beberapa gambar semasa perjalanan ke San Diego Comic Con yang berlangsung baru-baru ini dilaman Instagram miliknya.

Selain itu juga, pelakon yang membawakan watak Gilgamesh itu turut kongsikan gambar bersama barisan pelakon filem The Eternals. Anda boleh lihat gambar-gambar tersebut dipautan yang kami sediakan.

https://www.instagram.com/p/B0pdMusBDfX/?utm_source=ig_web_copy_link

Filem ini berdasarkan dari karakter komik Marvel, Eternals yang dicipta legenda komik, Jack Kirby pada tahun 1976. Eternals merupakan bangsa purba yang dicipta jutaan tahun dahulu oleh entiti kosmik yang dikenali sebagai Celestials. Chloe Zhao akan bertindak selaku pengarah manakala skrip filem ditulis oleh Matthew dan Ryan Firpo.


Penggambaran filem The Eternals dijangka akan bermula pada awal bulan ini, dan dijangka akan selesai penggambaran sekitar bulan Januari tahun hadapan. Marvel Studios telah menetapkan tarikh tayangannya pada 6 November 2020.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee