Berita

Ma Dong-seok Bocorkan Poster THE ETERNALS?

Views

Bintang The Eternals, Ma Dong-seok telah kongsikan gambar-gambar ketika mula bekerja untuk Marvel Studios, sesuatu yang sangat jarang dikongsikan para pelakon Marvel Cinematic Universe (MCU).

Antara yang dikongsikan pelakon terkenal Korea Selatan itu adalah surat dari penerbit Kevin Fiege yang menyambut kedatangannya dalam keluarga MCU - dimana dia akan memainkan peranan sebagai hero yang gagah iaitu Gilgamesh.

Bagaimanapun, terdapat segelintir peminat percaya mereka telah melihat 'teaser' poster The Eternals!. 

Jika anda lihat pada sebelah kanak Dong-seok, anda akan perasan bingkai gambar yang memaparkan seluruh pasukan Eternals dalam bayangan salah satu makhluk Celestials

Mungkin gambar dibuat secara eksklusif untuk para pelakon yang bekerja untuk The Eternals. Apapun, kita nantikan sesuatu yang rasmi dari filem tersebut dimasa akan datang.

 

View this post on Instagram

 

마블 이터널스가 내년 2월 개봉합니다. 사진은 작년 영국, 이터널스 촬영장 1. 길가메시의 트레일러 2. 마블의 환영 편지 3. 길가메시의 의자 늘 응원 해주셔서 감사합니다. Marvel Studios' THE ETERNALS will be released in Feb 2021. Sharing with you some photos from last year, from the set in London. 1. Gilgamesh's trailer 2. Welcome letter from Marvel Studios 3. Gilgamesh's chair Thanks always for your support. Cheers! #Marvel #Eternals #Gilgamesh

A post shared by Don Lee 마동석 (@madongseok_) on

The Eternals dibintangi pelakon seperti Angelina Jolie dan Richard Madden yang akan memainkan peranan utama sebagai Thena dan Ikaris. Turut menyertai barisan pelakon adalah Kumail Nanjiani sebagai Kingo, Lauren Ridloff sebagai Makkari, Brian Tyree Henry sebagai Phastos, Salma Hayek sebagai Ajak,  Lia McHugh sebagai Sprite, Ma Dong Seok  sebagai Gilgamesh, Gemma Chan sebagai Sersi, Barry Keoghan sebagai Druig dan Kit Harrington sebagai The Black Knight / Dane Whitman.

Setakat ini plot filem masih lagi tidak diketahui, tetapi berdasarkan sinopsis yang dedahkanThe Eternals akan ditetapkan dalam dua era berbeza iaitu berlatarbelakangkan kota purba Babylon yang wujud ribuan tahun dahulu dan era selepas peristiwa Avengers: Endgame.

Diarahkan Chloe Zhao berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Matthew K. Firpo dan Ryan Firpo, The Eternals akan menemui penonton pada 12 Februari 2021

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks