Berita

M.O.D.O.K Dikaitkan Dengan Projek terbaru MCU

Views

Menurut khabar angin terbaru Marvel Cinematic Universe (MCU) yang mula tersebar di laman-laman hiburan antarabangsa dan sosial, terdapat perancangan untuk memperkenalkan M.O.D.O.K dalam filem Marvel akan datang.

Bagaimanapun, tidak banyak butiran lanjut M.O.D.O.K terutamanya filem yang akan menjadi debut pertama villain tersebut dalam dunia live-action MCU. Tetapi, berdasarkan sumber laman Comicbookmovie.com, antara antara filem yang disebut-sebut yang akan menampilkan M.O.D.O.K adalah Spider-Man 3, memandangkan Peter Parker mempunyai sejarah menentang penjahat yang mempunyai sejarah dengan Tony Stark. Tambahan pula, organisasi A.I.M yang diketuai Aldrich Killian pernah menentang Tony Stark dalam filem Iron Man 3.

M.O.D.O.K pertama diperkenalkan dalam dunia Marvel menerusi komik Tales of Suspense #93 yang diterbitkan pada 1967. Penjahat tersebut merupakan sainstis A.I.M dan pernah menjalani beberapa siri ujikaji untuk mempertingkatkan kecerdasannya. Bagaimanapun, ujikajinya itu turut menyebabkan dia berubah fizikal seperti yang ditunjukkan dalam komik (rujuk gambar diatas).

Sumber yang sama juga tidak menolak bahawa M.O.D.O.K mungkin akan diperkenalkan dalam mana-mana siri Marvel Disney+.

BACA:  Studio Tidak Akan 'Kacau' JUSTICE LEAGUE Versi Zack Snyder

Setakat ini penglibatan villain Avengers itu dalam dunia live action Marvel masih lagi dianggap khabar angin., tetapi tidak mustahil untuk diperkenalkan dimasa hadapan, sepertimana Marvel Studios membawa kembali organisasi The Rings ke Fasa 4 MCU menerusi filem Shang-Chi and the Legends of the Ten Rings selepas kali terakhir dilihat dalam ‘deleted scene’ Ant-Man. Apapun peminat perlu menunggu pengumuman rasmi dari pihak studios.

Tinggalkan Balasan

shares