Berita

M. Night Shyamalan Umumkan Sekuel Filem Unbreakable Dan Split

Views

Filem Split arahan pengarah filem M. Night Shyamalan, telah menampilkan beberapa plot twist dan ending yang tidak dijangka kepada penonton yang gemarkan filem-filem complicated. Apa yang menariknya filem tersebut, babak Post-Credit filem berkenaan dikatakan berada dalam "universe" yang sama dengan filem arahannya pada tahun 2000 iaitu Unbreakable.

Terbaru yang kami baca dari laman web Comingsoon.net, pengarah tersebut mengumumkan projek filem terbarunya akan datang dimana filem Split dan Unbreakable akan bertembung dan menjadi filem sekuel bertajuk Glass

“Finished the new script,”

 “It’s taken 17 years but I can finally answer the #1 question I get, ‘Are you making a f#&@ing sequel to Unbreakable or what?’ My new film is the sequel to Unbreakable AND Split. It was always my dream to have both films collide in this third film.” - M. Night Shyamalan

Pengarah filem berkenaan juga mengesahkan pelakon utama kedua-dua filem berkenaan iaitu Bruce Willis dan James McAvoy akan kembali kembali membawakan watak mereka sabagai David Dunn dan Kevin Wendell Crumb. Selain itu juga Anya Taylor-Joy akan kembali sebagai Casey Cooke dan Samuel L. Jackson juga kembali sebagai Elijah Price aka Mr. Glass, merujuk kepada filem Glass akan datang.

Bruce Willis & James McAvoy

Filem Unbreakable yang diterbitkan pada tahun 2000 telah mengaut kutipan tiket sebanyak $248 juta seluruh dunia dan sejak itu peminat mula mahukan sekuel filem berkenaan. Kemudian M. Night menerbitkan filem Split pada Januari yang lalu dan ramai peminat tidak menyangka filem tersebut dan unbreakable adalah filem yang berkaitan. Filem tersebut telah mengaut kutipan seluruh dunia sebanyak $274. Glass dijangka akan ditayangkan pada 18 Januari 2019.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks