Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Lynda Carter Mungkin Membawakan Watak Wonder Woman Dalam “Crisis On Infinite Earths”

The CW mungkin menambah lagi bilangan karakter komik dalam siri crossover akan datang, Crisis on Infinite Earths. Selepas Brandon Routh, Tyler Hoechlin dan Tom Welling mengesahkan kehadiran mereka sebagai Supermah, kini terdapat peluang untuk melihat Lynda Carter kembali memainkan peranannya sewaktu muda dahulu, iaitu Wonder Woman.

Menurut laporan dari Deadline, The CW dan Carter masih belum mengesahkan penglibatan watak Wonder Woman dalam siri itu, tetapi ia menyebut “Carter mungkin akan kembali sebagai Wonder Woman”. Apapun kita nantikan pengesahan dari pihak penerbit.

Carter sebelum ini pernah muncul dalam siri Arrowvers dan memainkan peranan sebagai Presiden Olivia Marsdin dalam musim kedua Supergirl.

‘crossover’ Crisis on Infinite Earths akan bermula dengan siri Supergirl pada Ahad, 8 Disember, diikuti Batwoman pada Isnin 6 Disember dan The Flash pada Selasa 10 Disember. Siri keempat ‘crossover’ akan berhenti seketika dan bersambung pada 14 Januari 2020 menerusi siri Arrow dan akan berakhir menerusi siri DC’s Legends of Tomorrow pada hari yang sama.

Brandon Routh akan memainkan dua peranan berbeza iaitu sebagai The Atom dan Superman. Selain itu juga beberapa pelakon akan kembali membawakan watak masing-masing seperti Tyler Hoechlin sebagai Clark Kent / Superman, Elizabeth Tulloch sebagai Lois Lane, Jon Cryer sebagai Lex Luthor, Tom Cavanagh sebagai Pariah dan LaMonica Garrett sebagai Anti-Monitor. Selain itu juga, Crisis on Infinite Earth akan turut menampilkan Black Lightning dan Bruce Wayne.

Dalam finale ‘crossover’ Elseworlds yang lalu, Monitor (LaMonica Garrett) memberi amaran kepada wira tentang “Krisis” yang akan berlaku.

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment