Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Lurking Woods: Filem Arahan Anak Tempatan Akan Ditayangkan Di Malaysia

Sumber gambar: bernama.com

Tahukah anda,Ā filem yang bakal ditayangkan di Malaysia, Lurking Woods adalah sebuah naskah dari seorang anak tempatan yang bernama Rizal Halim. Selain itu juga, filem bergenre suspen thriller ini juga diterbitkan oleh produksi Rodman Pictures Pte LtdĀ yang dimiliki oleh rakyat Malaysia iaituĀ Rod Manikam.

Filem berdurasi 80 minit ini ditulis oleh Desmond Hew dan dibintangi oleh pelakon-pelakon Australia seperti Troy Coward,Ā Hope Devaney,Ā Daniel BerengerĀ danĀ Chloe Brown. Selain itu juga, lokasi filem iniĀ berlatarbelakangkan pemandangan dikawasanĀ Australia Barat yang bakal memberikan scenery yang cukup cantik kepada penonton.

Lurking Woods mengisahkan sekumpulan 6 bekas pelajar university yang bercuti disebuah kawasan terpencil di Australia. Mereka telah melakukan permainan “Seek & Search” semasa bercuti, namun aktiviti mereka diperhatikan oleh individu bertopeng yang kemudiannya mengikuti merekaĀ dan menyerang seorang demi seorang.

Poster filem Lurking Woods

Filem arahan Rizal Halim ini bakal menampilkan aksi-aksi suspen thriller yang mampu membuatkan penonton tergamam dan sertaĀ twist yang ditunjukan dalam filem ini antaranya identiti individu bertopeng serta sebab tujuaannya menyerang sekumpulan remaja terbabit.

Lurking Woods dijangka akan menemui penonton pada 6 April 2017, tetapi menurut pengarahnya dilaman Instagram pelakon Pekin Ibrahim, tidak semua panggung akan menayangkan filem ini. Hanya beberapa pawagam sahaja terpilihĀ antaranya:

  • Premium X Cinema One City Mall Subang Jaya
  • MMCineplexes Ecurve Damansara
  • MMCineplexes City Square Johor Bahru,
  • TGV KLCC
  • TGV Depulze Cyberjaya
  • TGV Strand Mall Kota Damansara

So sesiapa yang berminat untuk menonton filem suspen arahan pengarah dari Malaysia ini, jangan lupa untuk “save the date” dan pergi ke panggung wayang terpilih pada 6 April ini.

Trailer Lurking Woods

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment