Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Luna Snow, Superhero K-Pop Pertama Marvel

Marvel melalui Marvel Games tidak lama lagi bakal memperkenalkan karakter baru mereka dalam platform permainan mobile iaitu Luna Snow. Lebih menarik lagi, karakter tersebut itu juga merupakan superhero ‘K-Pop’ pertama Marvel yang bakal beraksi bersama-sama dengan karakter lain dalam permainan mobile Marvel Future Fight.

Karakter tersebut dicipta bersama-sama pembangun pemainan dari Korea, Netmarble Games Corp dan mereka akan berkerjasama untuk membina origin Luna Snow, personaliti, kuasa dan jalan cerita karakter tersebut.

Responding to local audiences’ request for culturally resonating characters that are also authentically Marvel, Korean developer Netmarble Games Corp worked closely with Marvel to develop Luna Snow’s powers, personality, visuals, origin and ongoing story,”


Melalui laman sosial Instagram Marvel Entertainment, mereka telah melancarkan ‘teaser’ karakter tersebut kepada umum dan akan mula berada dalam Marvel Future Fight pada 24 Januari ini.

Luna Snow merupakan seorang gadis bernama Seol Hee dan berasal dari Korea Selatan. Karakter tersebut mempunyai cita-cita untuk menjadi idol bagi membantu neneknya yang telah menjaganya sejak dari kecil akibat kehilangan ibu dan ayah. Bagaimanapun, semasa organisasi A.I.M (Advanced Idea Mechanics) menyerang satu konsert idol, Seol telah terdedah pada suatu teknologi yang menyebabkan dia mempunyai abiliti untuk mengawal sejuk. Sebagai superhero dan idol, Seol menggunakan alias Luna Snow dan cuba menyelamatkan dan dalam masa yang sama menjadi seorang idol

Related posts

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee

Spider-Man: No Way Home: Andrew Garfield Tidak Menerima Panggilan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK!

Kakimuvee

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Akan Dilancarkan Di Malaysia 1 Jun Ini!

Kakimuvee

[VIDEO] “Black Panther 2” & “Captain Marvel 2” Dapat Tajuk Rasmi, Rakaman Pertama “Eternals” Telah Didedahkan

Kakimuvee