Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ludi Lin Bakal Bintangi Filem Mortal Kombat

Bintang filem Power Rangers, Ludi Lin bakal menyertai Joe Taslim dalam filem ‘reboot’ Mortal Kombat apabila dilaporkan sedang dalam rundingan dengan studio New Line Cinema untuk memainkan peranan sebagai Liu Kang, salah satu karakter terawal dala francais Mortal Kombat.

Filem terbaru ini akan mengisahkan tentang seorang protagonis yang terlibat dalam pertarungan interdimensi, dan kemudiannya menyedari potensi sebenarnya selepas bertarung dengan lawan-lawannya.

James Wan dan syarikatnya, Atomic Monster akan menerbitkan filem ini bersama-sama Todd Garner. Larry Kasanoff, E. Bennet Walsh, Michael Clear dan Sean Robins akan bertindak selaku penerbit eksekutif. Simon McQuoid akan mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Greg Russo

Mortal Kombat pertama kali diangkat ke layar perak pada tahun 1995, yang diarahkan oleh Paul W.S. Anderson. Filem sekuel berjudul Mortal Kombat: Annihilation menyusul dua tahun kemudianBagaimanapun, kritikan teruk yang diterima Mortal Kombat: Annihilation telah menyebabkan penghasilan filem ketiga dibatalkan oleh pihak studio.

Penggambaran akan dilakukan di Australia pada penghujung tahun ini dan bakal menemui penonton pada 5 Mac 2021.

Related posts

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

[VIDEO] Prolog ‘Jurassic World Dominion’ Membawa Peminat Kembali 65 Juta Tahun Yang Lalu

Kakimuvee

Leave a Comment