Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

LucasFilm Umumkan Trilogi Terbaru Star Wars Selepas Episode IX, Tiada Lagi Kisah Skywalker

Sumber gambar: Screenrant

Perang galaksi akan diteruskan lagi apabila LucasFilm mengumumkan mereka sedang dalam perancangan untuk menerbitkan trilogi terbaru Star Wars selepas tayangan filem kesembilan, Star Wars: Episode IX pada 2019 nanti. Malah pihak Lucasfilm juga turut mengumumkan, Rian Johnson, pengarah filem Star Wars: The Last Jedi diberi tanggungjawab untuk mengarahkan dan menulis filem pertama trilogi terbaru Star Wars itu.

President LucasFilm, Kathleen Kennedy mendedahkan, kreativiti yang ada pada Rian Johnson menjadi faktor kenapa pengarah tersebut diberi tanggungjawab untuk mencorak trilogi Star Wars akan datang.

“We all loved working with Rian on The Last Jedi, He’s a creative force, and watching him craft The Last Jedi from start to finish was one of the great joys of my career. Rian will do amazing things with the blank canvas of this new trilogy.”

Menurut laman web Comingsoon.net, trilogi terbaru Star Wars itu tidak akan melibatkan keturunan Skywalker dan Rian Johnson akan memperkenalkan karakter-karakter baru dalam trilogi itu nanti. Universe Star Wars akan dikembangkan dan tidak lagi menumpukan kisah keturunan Skywalker sahaja selepas ini.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai trilogi terbaru Star Wars akan datang, tetapi dengan pengumuman ini, kita akan saksikan filem Star Wars akan datang akan berwajah baru tanpa penglibatan keturunan Skywalker.

Related posts

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee

Spider-Man: No Way Home: Andrew Garfield Tidak Menerima Panggilan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK!

Kakimuvee

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Akan Dilancarkan Di Malaysia 1 Jun Ini!

Kakimuvee

[VIDEO] “Black Panther 2” & “Captain Marvel 2” Dapat Tajuk Rasmi, Rakaman Pertama “Eternals” Telah Didedahkan

Kakimuvee