Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Lucasfilm Tangguhkan Perancangan Siri Disney+ OBI-WAN KENOBI

Nampaknya peminat terpaksa menunggu sedikit lama untuk melihat Ewan McGregor kembali beraksi dengan Lightsaber. Menurut laporan dari The Hollywood Reporter, Lucasfilm telah menangguhkan siri Disney+ Obi-Wan Kenobi.

Disebalik khabar angin yang menyatakan Obi-Wan Kenobi telah dibatalkan, perancangan siri itu masih lagi kekal aktif dengan McGregor kekal sebagai pelakon utama, dan bekas pengarah The Mandalorian, Deborah Chow masik kekal sebagai pengarah.

Dilaporkan, skrip tulisan Hossein Amini menjadi sebab utama penangguhan, dan skrip tersebut telah dibatalkan sepenuhnya. Pihak studio juga kini sedang mencari penulis baru untuk merangka skrip Obi-Wan Kenobi. 

Berdasarkan dari dua skrip yang telah siap, Obi-Wan Kenobi memberi fokus kepada perjalanan cerita Obi-Wan yang melindungi Luke Skywalker dan Leia. Pra-produksi juga difahamkan telah bermula termasuklah melakukan pencarian bakat. Selain perubahan skrip, pihak studio juga memotong jumlah episod dari enam ke empat episod.

Krew produksi yang kini berada di Pinewood Studios, London telah dihantar pulang. Setakat ini tiada tarikh rasmi tayangan ditetapkan pihak studio, tetapi terdapat khabar angin bahawa penggambaran akan bermula Julai ini.

Siri terbaru Star Wars Disney+ ini ditetapkan 8 tahun selepas peristiwa Revenge of the Sith dan 11 tahun sebelum kejadian A New Hope. Ewan McGregor akan kembali sebagai master Jedi, Obi-Wan Kenobi, manakala barisan pelakon lain masih belum didedahkan pihak studios.

Related posts

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Final Frontiers: Exploring Unchartered Territories With BBC Earth

Kakimuvee

[VIDEO] Musim Ketiga Doom Patrol Season 3 Akan Ditayangkan Pada 23 September Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

Krysten Ritter Sertai Elizabeth Olsen Dalam Minisiri “Love and Death”

Kakimuvee

OKU Pendengaran, Lauren Ridloff Kongsi Cabaran Di Set Penggambaran “Eternals”

Kakimuvee

Leave a Comment