Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Luangkan Masa Pada ‘Hujung Minggu Bersama Didi & Friends’ pada 24 – 26 Jun Ini

Karakter-karakter kegemaran kanak-kanak terkemuka di Malaysia, Didi, Nana dan Jojo mengajak semua peminat ke ‘Hujung Minggu Bersama Didi & Friends’ anjuran Astro dengan kerjasama Warnakala Studios dan ditaja oleh Quill City Mall.

Para peminat siri animasi yang bersiaran di saluran Astro Ceria ini boleh meluangkan masa bersama keluarga mereka dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dengan Didi dan rakan-rakannya di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada 24 – 26 Jun 2022, bermula 10 pagi hingga 9.30 malam.


Berunsurkan kandungan hiburan kanak-kanak yang padat dengan nilai murni dan pengajaran, siri animasi ini seringkali menjadi pilihan setiap ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka sekaligus menghiburkan si cilik mereka.

Setiap karakter mempunyai keunikan masing-masing yang memberikan inspirasi kepada kanak-kanak. Untuk mengisi hujung minggu bagi mereka yang meminati siri animasi ini, pihak Astro mengambil peluang untuk mengadakan program yang penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik bersama Didi & Friends.

Kanak-kanak boleh menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan serta berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik daripada Didi & Friends.

Ibu bapa juga boleh mendapatkan barangan eksklusif Didi & Friends yang hanya boleh didapati di acara tersebut untuk anak-anak mereka. Antara barangan eksklusif tersebut termasuk pelitup muka kanak-kanak Didi & Friends. Pelitup muka 4 lapisan ini mendapat pengesahan SIRIM dan hanya terdapat di acara tersebut.

Selain itu, kanak-kanak juga berpeluang untuk bergambar bersama karakter-karakter kegemaran mereka pada hari Sabtu (25 Jun) dan Ahad (26 Jun) pada pukul 12.00 tengah hari, 4.30 petang dan juga 8.30 malam.

Program ‘Hujung Minggu Bersama Didi & Friends’ akan diadakan di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada 24 Jun hingga 26 Jun 2022, bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 9.30 malam. Saksikan siri animasi ‘Didi & Friends’ di saluran Astro Ceria (611) atau strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang fleksibel.

Related posts

“Mat Kilau” Terus Tambah Kutipan Tiket, Kumpul RM3 Juta Dalam Tempoh 3 Hari

Kakimuvee

“Mat Kilau” Catat Kutipan RM1 Juta Pada Hari Pertama

Kakimuvee

Viu Hasilkan Semula K-Drama Popular, She Was Pretty dalam Bahasa Malaysia

Kakimuvee

“Special Force: Anarchy” Bakal Datang Ke Disney+ Hotstar Di Malaysia

Kakimuvee

Lebih Banyak Belanja, Lebih Banyak Jimat Dengan Kempen ‘Macam-Macam Ada’ Astro Go Shop

Zulaikha

Belum Tayang Di Pawagam, “Mat Kilau” Sudah Terpalit Dengan Kontroversi

Kakimuvee

Leave a Comment