Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

LPF Tangguh Tayangan Filem Padmaavat


Tayangan filem Bollywood yang penuh kontroversi, Padmaavat di Malaysia terpaksa ditangguhkan dan penangguhan tersebut dibuat atas arahan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).

Berita berkenaan disampaikan oleh pengedar filem iaitu Antenna Entertainments dilaman sosial Facebook mereka. Padmaavat sepatutnya ditayangkan pada minggu ini.

“Harap maklum filem “Padmaavat” telah ditunda sehingga ke tarikh yang akan diberitahu semula oleh Lembaga Penapisan Filem. Susulan itu, filem itu tidak akan ditayangkan di Malaysia pada minggu ini.”┬á

Pengumuman ini nyata menimbulkan kekecewaan peminat filem ini di Malaysia.

Sebelum ini, filem arahan Sanjay Leela Bhansali telah menimbulkan protes besar-besaran di Rajasthan, India kerana ia didakwa mengubah fakta berkaitan dengan komuniti Rajput di India. Malah ancaman bunuh telah dibuat oleh beberapa pihak termasuk dari ahli politik bunuh terhadap pelakon dan pengarah filem berkenaan.


Akibat daripada itu,┬áLembagai Persijilan Filem (CBFC) India meminta filem berkenaan ditangguhkan untuk melakukan beberapa modifikasi dan juga meminta pihak berkenaan┬áuntuk menukar judul filem itu dari “Padmaavati” kepada “Padmaavat”

Filem Padmaavat dijadualkan ditayangkan di India pada 1 Disember 2017, namun terpaksa ditunda ke 25 Januari 2018.


Related posts

Uunchai: ZEE5 Global Tetapkan Tarikh Tayangan Filem Terbaru Amitabh Bachchan

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Astraverse – Dunia Sinematik Asli Pertama Bollywood – Akan Dibuka Dengan Filem “Brahm─üstra Part One: Shiva”

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee