Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

LPF Sah ‘Ban’ Filem Padmaavat

Filem kontroversi, Padmaavat sah tidak akan ditayangkan di Malaysia selepas Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) mengharamkan filem dari India itu dari ditayangkan disini.

Berita mengenai larangan tayangan filem itu dinyatakan oleh wakil pengedar filem ini di Malaysia iaitu Antenna Entertainment selepas pihak Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) membuat semakan semula pada pagi tadi.


“Selepas membuat rayuan terhadap filem ini kepada pihak LPF, mereka telah melakukan semakan semula dan pihak LPF telah menolak rayuan kami. Kami ingin memohon maaf kepada semua peminat dan berterima kasih atas sokongan dan memahami,” ujar wakilnya. 

Kelmarin pihak pengedar telah membuat rayuan kepada pihak LPF untuk membenarkan filem arahan Sanjay Leela Bhansali itu ditayangkan di Malaysia selepas dilarang untuk tayangan berikutan mempunyai elemen yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam dalam negara.

Filem ini bukan sahaja menjadi kontroversi ini Malaysia, malah ia turut kecoh di India apabila filem tersebut terpaksa ditunda hampir dua bulan selepas masyarakat Hindu di Rajput melakukan bantahan terhadap filem itu yang dikatakan ‘mengubah sejarah’.

Padmaavat dibintangi oleh Ranveer Singh dan Deepika Padukone sebagai pelakon utama.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Foto Belakang Tabir “Echo” Menampilkan Kepulangan Vincent D’Onofrio Sebagai Kingpin

Kakimuvee

Filem Aksi-Langsung PAC-MAN Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Pelakon Suara “Pingu”, Carlo Bonomi, Meninggal Dunia

Kakimuvee

Bintang “The Flash” Ezra Miller Telah Didakwa Atas Kesalahan Pecah Rumah Di Vermont

Kakimuvee

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

Rosario Dawson ‘Terlepas Cakap’, Sahkan THE PUNISHER Sedang Dirancang Marvel Studios

Kakimuvee

Leave a Comment