
Drama fantasi romantik sejarah, Lovers of the Red Sky terus mengekalkan kedudukan pertama dalam senarai drama Isnin-Selasa.
Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod kesembilan drama lakonan Kim Yoo-jung dan Ahn Hyo-seop itu telah memperoleh purata rating 9.6 peratus, peningkatan 0.7 peratus berbanding episod minggu lalu. Lovers of the Red Sky boleh di strim di perkhidmatan streaming Viu.
Sementara itu, drama KBS 2TV, Police University telah mencatatkan purata rating 5.5 peratus, penurunan 0.5 peratus berbanding episod sebelumnya, yang telah mencatatkan skor 6.0 peratus dalam penilaian penonton. Police University boleh ditonton KBS World (saluran 392 HD)
Akhir sekali, High Class terus mencipta rekod peribadi apabila episod terbarunya merekodkan rating 4.4 peratus dengan kemuncaknya sebanyak 5.1 peratus. Selain mencatatkan penilaian tertinggi sepanjang siarannya, High Class turut menduduki tempat pertama dikalangan drama TV kabel dalam slot masa yang sama.
Dibintangi Cho Yeo-Jeong, Kim Ji-Soo, Ha Joon, Park Se-Jin dan Gong Hyun-joo, High Class boleh ditonton di saluran K-Plus (Astro GO Saluran 396 HD), setiap hari Selasa dan Rabu, jam 9.15 malam.