
Rating drama SBS Lovers of the Red Sky terus meningkat ke tahap tertinggi setakat ini!.
Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod 7 September drama lakonan Kim Yoo-jung dan Ahn Hyo-seop itu telah mencapai rating 9.6 peratus, peningkatan 1.6 peratus berbanding episod sebelumnya, yang mencatatkan rating 8.0 peratus, dan sekaligus mencipta rekod peribadi drama tersebut.
Selain itu juga, ia merupakan penilaian tertinggi dari semua drama yang ditayangkan pada Selasa malam, mengekalkan kedudukan pertama di kalangan drama Isnin-Selasa.
Drama KBS, Police University merekodkan purata rating 6.9 peratus untuk episod terbaru, sedikit peningkatan berbanding episod sebelumnya yang mencatatkan rating 6.1 peratus. Police University boleh ditonton KBS World (saluran 392 HD)
Drama terbaru tvN, High Class, telah menayangkan episod pertamanya pada 6 September yang lalu. Tayangan perdananya telah mendapat purata rating 3.2 peratus dan kemuncaknya 4.5 peratus. Episod keduanya turut mencatatkan rating yang hampir sama iaitu 3.4 peratus dan kemuncaknya 4.5 peratus.
Dibintangi Cho Yeo-Jeong, Kim Ji-Soo, Ha Joon, Park Se-Jin dan Gong Hyun-joo, High Class boleh ditonton di saluran K-Plus (Astro GO Saluran 396 HD), setiap hari Selasa dan Rabu, jam 9.15 malam.