Genre: Komedi Romantik
Pengarah: Wan Hasliza
Penerbit:
Penulis:
Pelakon: Nadiya Nisaa, Farid Kamil, Rita Rudaini, Anne Ngasri, Fizz Fairuz
Produksi: Grand Brilliance, Primeworks Studios
Edaran:
Tarikh Tayangan: 22 Oktober 2015
Sinopsis
Filem romantik Love, Supermoon ini mengisahkan tentang persahabatan lima orang sahabat yang bermula sejak bangku sekolah dan bagaimana persahabatan mereka berkembang sehingga ke zaman universiti, alam pekerjaan dan bagaimana mereka mula bertemu pasangan hidup dan mendirikan rumah tangga.
Razak (Farid Kamil) dan Triz (Nadiya Nisaa) sudah mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah lagi. Setelah menamatkan zaman universiti, Triz bercita-cita untuk menjadi seorang penulis, tetapi malangnya, hasil tulisan Triz sering ditolak oleh syarikat-syarikat penerbitan.
Berlainan pula dengan Razak, dia berjaya menjadi seorang doktor dan amat dikenali kerana sifat ‘playboy’ dan sering bertukar pasangan. Selepas bertahun-tahun mengharungi pelbagai masalah cinta dan liku-liku kehidupan, Razak dan Triz dipertemukan oleh takdir dalam keadaan di mana kedua-duanya mahu memulakan kehidupan yang baru.
Filem romantik yang sarat dengan aksi komedi itu juga membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Nadiya Nisaa, Farid Kamil, Rita Rudaini, Zain Saidin, Azhar Sulaiman, Anne Ngasri, Zain Hamid, Razak Ahmad, dan ramai lagi.