
Drama terbaru Love (ft. Marriage and Divorce) berjaya memecahkan rating tertinggi dalam sejarah TV Chosun.
Menurut Nielsen Korea (via Soompi), drama tersebut telah mencapai penilaian penonton tertinggi setakat ini dan berjaya memecahkan rating drama tertinggi yang dicatatkan dalam sejarah TV Chosun.
Episod terbaru Love (ft. Marriage and Divorce) telah mencatatkan purata rating sebanyak 9.1 peratus, sekaligus mencipta rekod baru untuk drama dan stesen penyiaran itu. Love (ft. Marriage and Divorce) boleh ditonton di laman penstriman Netflix.
Drama yang dibintangi Sun Hooon, Lee Tae Gon, Park Joo Mi dan ramai lagi itu, mengikuti masalah tiga pasangan suami isteri yang berada di tahap berbeza dalam hidup mereka.
Sementara itu, drama Mr. Queen terus menguasai kedudukan teratas dalam slot waktunya, di semua saluran termasuklah rangkaian siaran awam. Episod terbaru drama hit itu mencatatkan purata rating sebanyak 14.5 peratus dan kemuncaknya sebanyak 16.5 peratus.
Mr. Queen turut menduduki tempat pertama dalam slot waktunya di antara demografi utama penonton berusia 20 hingga 49 tahun, dengan mendapat purata skor sebanyak 8.0 peratus dan kemuncaknya sebanyak 9.2 peratus.
Di JTBC, drama Hush mengakhiri siarannya dengan purata rating sebanyak 2.3 peratus, manakala drama KBS 2TV, Homemade Love Story kekal menjadi drama paling banyak tonton pada Sabtu malam dengan purata rating sebanyak 25.1 peratus dan 30.7 peratus untuk dua bahagiannya.