Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Love (Ft. Marriage And Divorce) Bermula Baik, Hadapi Saingan “Mr. Queen”

Drama terbaru TV Chosun Love (ft. Marriage and Divorce) memulakan siarannya dengan rating meyakinkan. 

Love (ft. Marriage and Divorce) dibintangi Sun Hooon, Lee Tae Gon, Park Joo Mi dan ramai lagi, mengikuti masalah tiga pasangan suami isteri yang berada di tahap berbeza dalam hidup mereka. 

Pada 23 Januari, drama terbaru itu memulakan episod pertama dengan rating yang baik, iaitu sebanyak 6.9 peratus dan kemuncaknya sebanyak 7.7 peratus. Drama ini boleh ditonton dilaman penstriman Netflix.

Sementara itu, drama hit tvN Mr. Queen – yang turut bersiaran dalam slot waktu yang sama dengan drama Love (ft. Marriage and Divorce) – terus menguasai tangga teratas.

Episod terbaru drama tersebut menduduki tangga pertama dalam slot waktunya di semua siaran termasuklah rangkaian siaran awam, dengan purata rating sebanyak 12.8 peratus dan kemuncaknya sebanyak 15.0 peratus. 

Drama superhero OCN, The Uncanny Counter mencatatkan purata rating sebanyak 9.0 peratus, manakala drama JTBC, Hush mencatatkan rating sebanyak 2.1 peratus.

Di rangkaian siaran awam, drama SBS Delayed Justice menikmati peningkatan jumlah penonton untuk episod terakhirnya, dengan memperoleh penilaian purata sebanyak 6.2 peratus.

Akhir sekali, drama KBS 2TV Homemade Love Story kekal sebagai drama yang paling banyak ditonton pada Sabtu malam dengan penilaian purata sebanyak 24.7 peratus dan 30.7 peratus untuk dua bahagiannya.

Sumber: Soompi

Related posts

Park Seo Joon & Han So Hee Akan Bergandingan Dalam Drama Thriller Terbaru “Gyeongseong Creature”

Zulaikha

Jangan Lupa Saksikan Musim Terakhir “Snowdrop” & Menangi Poster Yang Ditandatangani Oleh Jung Hae-In & Jisoo.

Kakimuvee

CEO Netflix Sahkan Musim 2 “Squid Game”

Kakimuvee

Netflix Dedah Gambar Terbaru Seohyun Dari Filem “Love and Leashes”

Kakimuvee

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha