Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Love (Ft. Marriage And Divorce) 3” Capai Rating Tertinggi


Drama mengenai alam perkahwinan, Love (ft. Marriage and Divorce) berjaya mencapai rating tertinggi untuk musim ini!

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod ketiga drama hit itu telah merekodkan purata rating 7.2 peratus, berjaya meneruskan rentak peningkatan rating sehingga mencapai peratusan tertinggi setakat ini. 

Sementara itu, drama tvN Twenty Five, Twenty One kekal stabil dengan episod terbaru merekodkan rating 9.7 peratus. Drama itu juga berjaya menduduki tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran kabel. 

Rating drama JTBC Forecasting Love and Weather menyaksikan sedikit penyusutan dengan episod terbaru merekodkan rating 6.4 peratus.

Dua lagi drama turut mencatatkan penurunan rating: drama MBC Tracer merekodkan rating 4.6 peratus, manakala episod terbaru drama SBS Through the Darkness mencatatkan rating 6.0 peratus. 


Drama KBS The King of Tears, Lee Bang Won kekal kukuh dengan episod terbaru mencatatkan penilaian penonton sebanyak 8.9 peratus.

Akhir sekali, drama KBS 2TV Young Lady and Gentleman terus menguasai carta program televisyen paling ramai penonton pada hari Sabtu dengan episod terbaru mencatatkan rating 34.0 peratus.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee