Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Love (Ft. Marriage and Divorce) 2” Pecah Rekod Sendiri Untuk Cipta Rating Tertinggi Dalam Sejarah TV Chosun


Rating drama TV Chosun Love (ft. Marriage and Divorce) 2 terus menunjukkan peningkatan setiap minggu.

Menurut Soompi, drama Love (ft. Marriage and Divorce) 2 telah mencapai penilaian penonton tertinggi setakat ini, dengan episod terbaru telah merekodkan purata rating sebanyak 14.8 peratus dan kemuncaknya sebanyak 15.3 peratus. Drama itu bukan sahaja mendapat tempat pertama dalam slot waktunya, tetapi juga mencipta rekod penilaian penonton tertinggi sepanjang masa dalam sejarah TV Chosun sekali lagi.

Sementara itu, drama tvN, The Devil Judge telah merekodkan purata rating sebanyak 6.3 peratus dan kemuncaknya sebanyak 7.8 peratus untuk episod terbaru. 

Nasib tidak menyebelahi drama JTBC Nevertheless apabila terus mencatatkan penurunan rating. Episod terbaru drama tersebut hanya merekodkan rating sebanyak 1.0 peratus, rating terendah setakat ini.

Selepas seminggu berehat, drama KBS 2TV, Revolutionary Sisters kembali bersiaran dengan episod terbaru merekodkan purata rating sebanyak 24.3 peratus, peningkatan dari rating 20 peratus yang dicatatkan pada episod sebelumnya. 



Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee