Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Love (Ft. Marriage And Divorce) 2” Capai Rating Tertinggi

Rating drama TV Chosun, Love (ft. Marriage and Divorce) 2 kembali meningkat. 

Pada 20 Jun, Love (ft. Marriage and Divorce) 2 memperoleh penilaian penonton tertinggi untuk musim kedua. Walaupun drama ini masih belum berjaya mencapai rating tertinggi yang dicatatkan pada musim pertama, penilaian terus meningkat sejak tayangan perdana pada minggu lalu.

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod keempat Love (ft. Marriage and Divorce) 2 telah merekodkan purata rating sebanyak 6.2 peratus, rating tertinggi untuk musim kedua.

Sementara itu, drama MBN Bossam: Steal the Fate kekal kukuh dengan purata rating sebanyak 8.4 peratus untuk episod terbaru. Rating drama tvN, Mine meningkat ke tahap 9.4 peratus untuk episod terbaru, sekaligus menduduki tangga pertama dalam slot waktunya di semua saluran kabel.

Akhir sekali, drama KBS 2TV Revolutionary Sisters sekali lagi mencapai rating atas 30 peratuas dengan episod terbaru merekodkan purata rating sebanyak 29 peratus dan 31.5 peratus untuk dua bahagiannya. 

Related posts

“Jirisan” Kekalkan Kedudukan Pertama, “Chimera” Cipta Rekod Peribadi

Kakimuvee

Gong Yoo, Bae Doona & Ramai Lagi Dalam Poster Karakter “The Silent Sea”

Kakimuvee

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Disebalik Pembikinan Siri Hit Netflix ‘Hellbound’

Zulaikha

Song Seung Heon & Jo Bo Ah Ditawarkan Peranan Dalam Filem Thriller “Hidden Face”

Zulaikha

Leave a Comment