Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

London Has Fallen Review

london has fallen movie

Selepas President US Benjamin Asher (Aaron Eckhart) & ejen US, Mike Banning (Gerard Butler) terselamat dari serangan penganas di White House, mereka bakal menghadapi satu lagi episod serangan penganas apabila berkunjung ke Kota London untuk menghadiri upacara pengebumian Perdana Menteri Britain.

Kali ini, bukan sahaja Presiden US menjadi sasaran penganas, malah beberapa pemimpin dunia seperti Perancis, German, Kanada, Itali dan Jepun turut me jadi sasaran penganas yang ingin membalas dendam dan membawa kesan peperangan di Kota London.

1112

Bermula dengan rancangan membunuh Perdana Menteri Britain, pihak penganas mula menyusun strategi untuk mengumpulkan beberapa pemimpin dunia dalam satu lokasi sebelum meneruskan rancangan mereka untuk menghapuskan mereka.

London-Has-Fallen-Movie-Review-Image-3

Filem London Has Fallen ini boleh dikatakan sekuel kepada filem Olympus Has Fallen kerana menampilkan karakter yang sama iaitu Benjamin Asher dan juga pengawal peribadinya Mike Banning. Mike merupakan bekas Ranger Tentera US yang berjaya menyelamatkan Presiden Benjamin Asher dari dibunuh oleh penganas dalam filem Olympus Has Fallen dan telah menjadi Ejen yang paling dekat dengan Presiden dalam filem terbaru ini.

Plot filem ini boleh dikatakan sama seperti filem sebelumnya, cuma ditambah element dramatik seperti pemimpin-pemimpin dunia dibunuh dan juga karakter penganas yang berjaya menyusup masuk dalam pasukan keselamatan Britain. Tiada yang baru jika hendak dibandingkan dengan filem sebelumnya, hanya selamatkan diri dari penganas, selamatkan presiden & bunuh penjahat utama.

londonhasfallen-xlarge

Cuma yang menarik dalam filem ini adalah aksi tempur antara Mike Banning dan penganas. Bagi peminat permainan game komputer atau playstation seperti game Ghost Recon, Call of Duty, Medal of Honor, anda pasti rasakan filem ini seperti permainan game Third Person Shooter.

Filem London Has Fallen ini tidak mengecewakan dari segi aksi, plotnya sangat simple dan sedikit elemen kejutan. Dari segi dialog? terlampau banyak perkataan – perkataan mencarut dan tidak sesuai untuk didengari oleh kanak-kanak.

london-has-fallen-scene2

Apapun filem Ini tidak mengecewakan bagi peminat filem-filem aksi tempur, kurang percakapan meleret dan banyak aksi-aksi pertempuran. Rating? berdasarkan IMDb, rating penonton adalah 6.3/10 tapi kami berikan sebanyak 4/5 bintang. Walaupun plotnya simple dan boleh diagak jalan ceritanya tetapi aksi pertempuran yang banyak membantu menaikkan filem ini.

Related posts

Review Filem: Shazam! Fury Of The Gods (2023)

Kakimuvee

Review Filem: John Wick: Chapter 4 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Imaginur (2023)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Ant-Man and the Wasp: Quantumania (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Fabelmans (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Harum Malam (2023)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment