Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSiri TV

LOKI: TVA Bertemu Loki Dalam Video Klip Terbaru


Menjelang tayangannya pada jam 3.00 petang ini, Marvel Studios telah melancarkan video klip terbaru siri Disney+ akan datang, Loki yang menampilkan Tom Hiddleston yang kembali sebagai penjahat kegemaran ramai. Video tersebut memberikan pratonton kepada peminat mengenai kedatangan Time Variant Authority yang menuduh Loki melakukan jenayah dengan merosakkan garis masa. 

Turut disertakan dibawah adalah video featurette yang menyoroti kedatangan Owen Wilson ke Marvel Cinematic Universe serta membincangkan tentang karakter lakonannya, Mobius. Anda boleh lihat kedua-dua video dibawah.

https://twitter.com/HiddlestonWeds/status/1401908571458113536?s=20

https://twitter.com/HiddlestonWeds/status/1401909300847689729?s=20

Tom Hiddleston kembali memainkan peranan kegemaran peminat Loki dalam siri akan datang. Penjahat Marvel itu kali terakhir dilihat dalam filem Avengers: Endgame, dimana dia akhirnya berjaya mencuri Tesseract selepas Iron Man dan Ant-Man gagal dalam misi mereka. 


Menyertai Hiddleston adalah pendatang baru MCU, Sophia Di Martino (Yesterday, Flowers, Into the Badlands), calon Oscar Owen Wilson (The Royal Tenenbaums), Gugu Mbatha-Raw (Black Mirror, San Junipero), Cailey Fleming (The Walking Dead), dan Richard E. Grant (Can You Ever Forgive Me?). Di Martino dilaporkan akan membawa peranan Lady Loki.

Penulis “Rick and Morty” Michael Waldron menulis lakonlayar siri ini, manakala Kate Herron sebagai pengarah. Hiddleston sebelum ini telah mendedahkan bahawa penonton akan melihat karakternya menggunakan Tesseract untuk menimbulkan lebih banyak kekacauan. 

Siri enam episod ini dijadualkan tayangan pada 9 Jun, eksklusif di Disney+ Hotstar


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee