Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSiri TV

Loki Rosakkan Realiti Dalam Trailer Terbaru Siri Disney+ “LOKI”

Marvel Studios telah melancarkan trailer terbaru siri yang dinantikan Loki, lakonan Tom Hiddleston. 

Trailer terbaru itu memberi idea kepada penonton menggenai penggembaraan Loki dimana dia perlu membantu Time Variant Authority untuk membetulkan kembali realiti yang telah dirosakkannya. Selain itu juga, anda boleh melihat gandingan Tom Hiddleston sebagai Loki dengan Mobius yang dilakonkan Owen Wilson. 


Anda boleh tonton trailer yang penuh aksi tersebut dibawah. Siri enam episod ini dijadualkan tayangan pada 11 Jun ini.

Pemenang Golden Globe Tom Hiddleston kembali memainkan peranan kegemaran peminat Loki dalam siri akan datang. Penjahat Marvel itu kali terakhir dilihat dalam filem “Avengers: Endgame”, dimana dia akhirnya berjaya mencuri Tesseract selepas Iron Man dan Ant-Man gagal dalam misi mereka. 

Menyertai Hiddleston adalah pendatang baru Sophia Di Martino (Yesterday, Flowers, Into the Badlands), calon Oscar Owen Wilson (The Royal Tenenbaums), Gugu Mbatha-Raw (Black Mirror, San Junipero), Cailey Fleming (The Walking Dead), dan Richard E. Grant (Can You Ever Forgive Me?). Di Martino dikhabarkan akan membawa peranan Lady Loki.

Penulis “Rick and Morty” Michael Waldron menulis lakonlayar siri ini, manakala Kate Herron menjadi pengarah. Hiddleston telah mengoda peminat dengan berkata penonton akan melihat karakternya menggunakan Tesseract untuk menimbulkan lebih banyak kekacauan. 

Related posts

Siri Asli Disney/Pixar CARS ON THE ROAD Akan Membuat Debut Pada Hari Disney+ Hotstar, 8 September Ini

Kakimuvee

[VIDEO] CAVE RESCUE: Misi Menyelamat Pelajar Yang Terperangkap Dalam Gua Tham Luang

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Kongsikan Trailer & Poster Terbaru Siri Star Wars “ANDOR’ Yang Akan Datang

Kakimuvee

Trailer & Poster Rasmi ABANG LONG FADIL 3 Telah Dilancarkan!

Kakimuvee

Klip Video She-Hulk: Attorney At Law Latihan Diantara Hulk & Jennifer

Kakimuvee

[TRAILER] Alami Ketakutan PENGABDI SETAN 2 – COMMUNION Apabila Ia Ditayangkan Di Pawagam 11 Ogos Ini

Kakimuvee

Leave a Comment