
Dikala peminat menghitung masa untuk menonton DC FanDome yang akan berlangsung Sabtu ini dan kemungkinan dapat melihat video pertama The Batman, pengarah Matt Reeves memberi sedikit kejutan dengan mendedah logo terbaru Batman.
Beserta logo, Reeves juga turut kongsikan artwork eksklusif dari Ketua Pegawai Kreatif DC Comic Publisher, Jim Lee yang memberikan pandangan segar Robert Pattinson (The Lighthouse; The King) sebagai Dark Knight of Gotham. Anda boleh lihat logo dan artwork Jim Lee dibawah.
Excited to share the very first look at our official #TheBatman logo, and some very cool additional #DCFanDome artwork by the amazing @jimlee — see more of #TheBatman at the #DCFanDome global event in the Hall of Heroes this Saturday, 8/22! #TheBatman #DCFanDome #ForTheFans pic.twitter.com/ApfngNbyor
— Matt Reeves (@mattreevesLA) August 20, 2020
Sesi panelis The Batman di DC FanDome akan bermula pada 8.30 malam EST, dan akan berlangsung selama 30 minit. Reeves dijangka mendedahkan beberapa kejutan dari filem The Batman pada sesi itu.
The Batman dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál
Setakat ini, plot filem masih lagi belum didedahkan, tetapi menurut sumber, The Batman akan meneroka tahun-tahun awal Bruce Wayne sebagai Batman.
The Batman akan menemui penonton pada Oktober 2021