
Logan boleh dikatakan filem superhero yang paling menarik tahun ini. Konsep berbeza yang dibawa oleh James Mangold berbanding filem-filem superhero yang lain serta ditambah faktor persaraan Hugh Jackman sebagai Wolverine menjadikan filem Logan antara filem R-Rated dan Superhero yang mendapat rating paling tinggi dari pengkritik dan peminat filem.
Selain itu juga, antara yang mencuri tumpuan dalam filem Logan adalah watak Laura aka X-23 lakonan pelakon kanak-kanak Dafne Keen. Watak tersebut dikatakan bakal menyambung legasi Wolverine atau Logan selepas Hugh Jackman mengumumkan persaraannya dari dunia superhero. Ramai peminat yang ingin melihat FOX Studio menghasilkan filem berkenaan X-23 selepas menonton aksi-aksinya dalam filem Logan.
Disebabkan populariti X-23 dalam filem tersebut, James Mangold mendedahkan sebuah filem spin-off Logan kini sedang dalam proses pembangunan dan akan dihasilkan tidak lama lagi. Beliau mendedahkan pekara tersebut semasa ditemubual oleh wartawan The Hollywood Reporter mengenai status filem X-23. Menurutnya, skrip filem spinoff Logan mengenai X-23 sedang dihasilkan dan faktor filem Wonder Woman juga mendorong beliau dan pihak Fox Studio ingin hasilkan sebuah filem solo mengenai karakter tersebut.
“Patty [Jenkins’] success with [Wonder Woman] only solidifies more for studios that there’s less to fear with a female protagonist, The more that keeps getting hit home, that ends up giving me more space turning around and going, ‘Well here we are with a female protagonist. That’s incredible. And what are we going to do with her?’ And that’s where we are with that [the Laura script] right now, dreaming.”
Walaupun masih diperingkat awal, perkembangan ini dilihat begitu menarik kerana ramai peminat ingin melihat pengembaraan X-23 diteruskan dalam filem-filem superhero akan datang. Dengan kematian Wolverine dalam dunia Marvel/Fox (dan mungkin akan kekal tiada dalam dunia sinematik buat beberapa ketika), peminat pastinya ingin melihat superhero baru ini menggantikan tempat Wolverine dalam filem-filem mutant terutamanya franchise X-Men akan datang.
Laura atau juga dikenali sebagai X-23 diperkenalkan dalam filem Logan sebagai anak kepada Logan. Dalam filem tersebut, Logan bersama-sama Profesor-X serta Caliban terpaksa menjaga keselamatan Laura yang diburu oleh satu organisasi jahat. Dalam filem tersebut, personaliti watak mutant baru itu dilihat sama seperti Logan dan disebabkan itu, X-23 dianggap pengganti terbaik Logan dalam filem-filem superhero mutant akan datang.
Kepada peminat-peminat filem superhero FOX, apa pendapat anda mengenai filem solo X-23? patut dihasilkan ataupun tidak?